fbpx

Isu ini bukan politik, tapi amanah & maruah

  • 2Minutes
  • 343Words
  • 17Views

Alhamdulillah, semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Apabila berlaku isu ini, ada banyak hikmahnya. Antaranya:

– Selama ini, banyak rumah ibadah termasuk surau dibina tanpa mengikut prosedur yang betul, dan ada yang telah dirobohkan tanpa mendapat perhatian umum.

– Rupa-rupanya terdapat banyak kuil yang dibina secara haram sejak zaman berzaman, menunjukkan perlunya pemantauan yang lebih ketat terhadap pembangunan rumah ibadat.

– Umat Islam majoritinya, tanpanmengira fahaman politik bersatu menyokong pembinaan masjid diteruskan dan pemindahan kuil dilakukan mengikut saluran yang betul.

– Ada segelintir ‘cyber trooper’ politik yang cuba mengapi-apikan sentimen kaum dan agama demi kepentingan politik mereka sendiri.

– Ada juga segelintir orang Islam yang mengambil jalan menyongsang arus kononnya atas dasar meraikan bukan Islam, tetapi hakikatnya hanya menambah kekeliruan dan membuka ruang fitnah.

– Isu ini membuka mata ramai bahawa pemilikan tanah yang sah sangat penting, terutama apabila ia melibatkan rumah ibadat, bagi mengelakkan pertikaian di masa hadapan.

– Wakaf adalah satu bentuk pemilikan yang harus dihormati, kerana ia adalah amanah yang diberikan untuk manfaat umat Islam secara khusus.

– Pihak berkuasa telah berusaha mencari penyelesaian terbaik secara rundingan, tetapi masih ada pihak yang lebih suka mengambil kesempatan untuk mencetuskan ketegangan.

– Seorang bekas presiden persatuan peguam yang sepatutnya memahami undang-undang, tetapi memilih untuk membutakan mata terhadap fakta undang-undang yang jelas hanya kerana ingin mengikut emosi dan sentimen sendiri.

– Ada juga peguam yang lebih selesa membantah pembinaan masjid dan pemindahan kuil atas alasan ‘harmoni,’ tetapi membisu apabila surau atau masjid dirobohkan atas sebab teknikal.

– Segelintir pihak lebih cenderung mempertahankan sesuatu yang salah atas nama perpaduan, tetapi tidak bersuara apabila hak umat Islam diketepikan.

– Dalam masa yang sama, ada golongan yang hanya bersuara apabila kepentingan mereka terancam, tetapi diam seribu bahasa apabila perkara yang sama berlaku kepada orang lain.

Kesimpulannya, isu ini bukan sekadar soal tanah dan rumah ibadat, tetapi ia mencerminkan sikap sebenar pelbagai pihak. Ada yang jujur dalam memperjuangkan keadilan, ada yang hanya bermain sentimen, dan ada yang sekadar mahu mencari publisiti murahan.

Artikel berkaitan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mula-mula terkejut juga tengok video nyanyian ni dengan caption faraj,…