Isu Masjid Madani: Bila undang-undang dipijak, maruah umat terluka

Jujurnya, saya setuju bahawa proses negosiasi jauh lebih baik berbanding dibawa ke mahkamah yang akan membawa lebih banyak konflik dan perseteruan yang memungkinkan permusuhan antara kaum.
Orang yang pernah naik turun mahkamah pasti setuju dengan kenyataan ini.
Jika dibawa ke mahkamah, tidak mustahil yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.
Sebab itulah apabila PMX umumkan bahawa peletakan batu asas Masjid Madani diteruskan, ramai umat Islam gembira.
Selama ini pun sudah banyak kuil yang dibina secara haram berjaya dipindahkan tanpa sebarang kontroversi, termasuklah pada zaman kerajaan sebelum ini dan di negeri lain, contohnya Kedah.
Kali ini, isu menjadi lebih sensitif dan timbul kontroversi apabila ia melibatkan tanah yang diwaqafkan jadi masjid, dan keadaan bertambah tegang apabila Ambiga dan LFL mengambil kesempatan mencetuskan provokasi.
Itu yang menyebabkan ramai umat Islam marah. Tanah yang dimiliki oleh orang Islam untuk diwaqafkan sebagai masjid, ada kuil haram yang degil untuk dipindahkan.
Jika diliha, reaksi umat Islam yang marah dan vokal isu ini, bukanlah daripada kalangan pemimpin utama parti-parti politik pembangkang, kecuali seorang dua.
Ramai daripada mereka bukan kalangan pemimpin nasional parti politik tapi daripada tokoh agamawan, pendakwah, peguam dan orang awam.
Saya yakin dan percaya, jika kes ini dibawa ke mahkamah, umat Islam boleh menang.
Sebab itu Ambiga dan pihak-pihak tertentu dari awal mahu mengelak kes ini melalui proses perundangan.
Cuma, proses mahkamah bukan sekejap. Naik turun mahkamah akan mengambil masa bertahun-tahun.
Jika menang di satu peringkat, pihak yang kalah pasti akan membuat rayuan ke peringkat lebih tinggi.
Silap-silap, 10 tahun lagi baru selesai.
Dalam tempoh itu, masjid tak boleh dibina dan kuil tetap berada di situ.
Jika menang selepas 10 tahun akan datang pun, belum tentu proses perobohan kuil haram untuk pembinaan Masjid Madani akan berjalan lancar dengan mudah.
Pastinya akan ada bantahan lagi dari Ambiga, LFL dan suku sakat mereka seperti hari ini.
Dan tidak mustahil tragedi Arwah Adib berulang kembali.
Sebab itulah saya katakan dari awal tadi, jika dibawa ke mahkamah, tidak mustahil yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.
Kalau ia dibawa lebih awal, 10 tahun dahulu, mungkin kita tak berada dalam situasi sekarang.
Tapi nasi sudah menjadi bubur lambuk untuk dibuat moreh.
Sebab itulah apabila PMX umumkan bahawa pembinaan Masjid Madani akan tetap diteruskan, majoriti umat Islam gembira dan menarik nafas lega kerana hak tanah waqaf berjaya dipertahankan, termasuk mereka yang marah-marah sebelum ini.
Namun apabila Menteri Wilayah pula umumkan bahawa kuil haram itu hanya dipindahkan 50 meter sahaja daripada tapak tanah waqaf, kemarahan umat Islam kembali memuncak!
Sudahlah kuil asal dibina secara haram, kini ia mendapat status “halal” dengan penempatan baru tidak jauh dari tapak asal dengan saiz 4,000 kaki persegi.
Dengan keluasan tersebut, ia dianggarkan bernilai jutaan ringgit memandangkan ia berada di lokasi startegik.
Walaupun ia bukanlah milik penuh kuil sebab kerajaan hanya gezetkam tanah berkenaan sebagai rumah ibadah bukan Islam (RIBI), tapi tanah yang bernilai jutaan ringgit dengan jarak 50 meter sahaja daripada tapak tanah waqaf Masjid Madani itu sekarang sudah secara rasmi di bawah pihak pengurusan kuil.
Banyak hikmah yang terjadi dalam peristiwa ini.
Rakyat Malaysia mulai sedar bahawa betapa banyaknya kuil-kuil haram dibina selama ini dan ia menunjukkan betapa lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara kita, tidak kira kerajaan mana.
Semoga peristwa kuil haram dan Masjid Madani menjadi titik tolak kepada perpaduan umat Islam dan pengurusan rumah ibadah bukan Islam (khususnya kuil) yang lebih tersusun serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan adil untuk semua pihak.
Peristiwa ini akan terpahat dalam sejarah dan memori luka umat Islam Malaysia.
Walaupun luka itu mungkin sembuh, parutnya tetap akan kekal.
Saban hari makin banyak parutnya…
Afyan Mat Rawi
Bukan non-partisan
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran