Isu tak berpenghujung: antara perdebatan agama, politik & skim scam di Malaysia
Ada beberapa isu di Malaysia, yg nampaknya sampai kiamat takkan habis.
Isu Nifsu Syaaban (setahun sekali)
Isu tarawih 8 vs 20 (setahun sekali)
Isu sambutan Maulid Nabi (setahun sekali)
Isu bid’ah vs sunnah
Isu Wahabi
Isu Islamic banking back door riba
Isu vaksin vs anti vaksin.
Isu halal haram ASB (yang ni nampak reda dah sikit)
Isu bumi rata.
Isu politik.
Dll, Tuan-Puan boleh tambah sendiri.
Banyak-banyak topik di atas, yang saya konsisten lawan ialah isu Islamic Banking back door riba. Saya akan lawan habis-habisan bangsa anti bank Islam.
Selain itu, dulu saya suka “bergaduh” dengan geng scammer. Ya dulu memang suka. Tapi dah banyak tahun dah agak perlahan sebenarnya sejak 2017. Dah nak pencen…
Topik politik pun malas dah nak gaduh. Last secara serius time PRU. Sekarang kita buat hantaran sipi-sipi sahaja. Hahaha!
Lagi mudah bergaduh dengan geng scammer sebab akhir sekali ia akan tamat. Tak macam habis bab politik, bab antivaxx, bab bumi bukan sfera, bab wahabi dsb.
Sebab, akhir sekali geng scammer yg asalnya tak mengaku sebagai scammer akhir sekali akan senyap juga akhirnya apabila tersontot.
Contoh paling mudah, geng Tok Belagak, geng Alfafa, geng ARBA dan seumpamanya.
8-9 tahun lepas, pantang saya cuit sedikit terus berderu-deru datang geng depa komen balas tak puas hati.
Tapi sekarang, buatlah macam mana dan sebut nama kompeni mereka atau share balik status lama pun langsung mereka senyap membisu seribu bahasa.
Benda yang sama berlaku scam-scam lain. Masa tengah galak buat untung, riang gembira mereka. Sekali cuit, berderu-deru datang.
Tapi masa tak dapat withdraw, akaun kena suspend, pihak berkuasa mula masuk campur, ahli mula tak puas hati – buat la 10 cuit pun, sekali respon pun susah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran