Isyarat bahawa “bon tidak lagi sekuat dulu”

  • 2Minutes
  • 223Words
  • 12Views

Beberapa bulan lepas Ketua Pegawai Pelaburan Morgan Stanley mencadangkan satu strategi baharu yang disebut 60 / 20 / 20 iaitu pembahagian portfolio kepada 60% saham, 20% bon dan 20% emas berbanding sebelum itu dunia pelaburan lebih biasa dengan model klasik 60% saham dan 40% bon.

Morgan Stanley adalah sebuah syarikat pelaburan global yang sangat berpengaruh dalam dunia kewangan antarabangsa dan setiap kenyataan serta analisis mereka sering menjadi rujukan para pelabur institusi dan pengurus dana seluruh dunia.

Ia sesuatu yang agak mengejutkan dunia kerana syarikat gergasi sekelas Morgan Stanley selama ini terkenal sebagai penyokong kuat strategi 60% saham dan 40% bon yang dianggap model paling stabil merentas dekad.

Perubahan ini menunjukkan bahawa asas ekonomi dunia sedang berganjak daripada pola lama kepada pola baharu yang lebih kompleks dan kurang dapat dijangka.

Dalam strategi terbaharu itu ketua pegawai pelaburan Morgan Stanley Mike Wilson menekankan bahawa emas kini menjadi aset anti fragil yang lebih kuat berbanding bon kerajaan Amerika yang suatu ketika dahulu dianggap aset paling selamat di dunia.

Menurutnya pelaburan dalam emas sebanyak 20% memberi perlindungan lebih baik terhadap inflasi terutama ketika saham Amerika menawarkan potensi kenaikan yang rendah berbanding bon dan pasaran mula menuntut pulangan lebih tinggi untuk hutang jangka panjang.

Strategi 60% saham, 20% bon dan 20% emas ini dibina atas idea bahawa dua aset utama iaitu saham dan emas memberi perlindungan yang berbeza tetapi saling melengkapi ketika ekonomi berdepan ketidaktentuan.

Apa pandangan anda?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Ini adalah koleksi beberapa fatwa awal dalam bidang muamalat berkaitan…