fbpx

Jangan Ajar Anak Minta Duit Raya

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 274Words
  • 417Views

Jangan Ajar Anak Minta Duit Raya

1. Kita mungkin mampu, tapi orang lain belum tentu. Ini kita kena tahu dan ambil tahu.

2. Ajar anak, kita beraya untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara, bukan untuk dapat duit raya.

3. Berikan anak-anak duit raya kita sendiri siap-siap dan pesan berulang kali, jangan minta duit raya dari tuan rumah atau tetamu yang datang beraya tahun ini.

4. Fahami situasi hari ini, masing-masing struggle menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Bukan semua orang bekerja itu mampu beri duit raya lepas dapat gaji.

Didik dan ajar anak-anak;

5. Jika ada orang beri duit raya, terima seadanya, tak bagi pun tak apa. Yang penting syukur atas rezeki-Nya.

6. Jika orang beri duit raya, jangan persoalkan berapa. Apatah lagi mempersoalkan jumlahnya.

7. Jangan buka sampul raya depan pemberi duit raya. Bersyukur dengan apa yang diterima.

8. Jangan banding-bandingkan duit raya yang anak-anak dapat dengan sepupu-sepapat.

Kita tidak mahu situasi;

9. Orang yang tak bagi duit raya, atau yang bagi sikit dipandang serong oleh anak-anak. Mungkin komitmennya banyak.

10. Saudara-mara yang tak mampu bagi duit raya rasa bersalah jika tak bagi duit raya.

11. Anak-anak kita berlumba-lumba membanding-bandingkan duit raya yang dia dapat dengan sepupu-sepapat mereka.

12. Anak-anak kita beria-ia ajak kita beraya hanya semata nak dapat duit raya

13. Anak-anak tak puas hati dapat duit raya sikit

14. Rasa raya tak lengkap tanpa duit raya, walhal ia hanya adat sahaja.
.
15. Ingat, amalan duit raya hanya adat, bukan syariat. Jika buat, jangan sampai mudharat. Jika tinggalkan, tidak hilang berkat.

Maaf, pandangan saya mungkin berbeza tentang budaya dan amalan duit raya ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Jemput follow dan see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan

Jemput follow Channel Telegram TipsRM t.me/AfyanIFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tip RM | Checklist Akhir Kewangan Raya. (Sepatutnya nak update…