Jangan terperangkap dalam keselesaan: Mengapa kebebasan itu berharga
Seekor tikus diletakkan di atas sebuah balang yang penuh dengan bijirin.
Tikus itu begitu gembira kerana menemui banyak makanan di sekelilingnya sehingga dia tidak lagi merasa perlu untuk berlari mencari makanan.
Sekarang dia boleh hidup dengan gembira. Selepas sekian lama menikmati bijirin itu, ia sampai ke dasar balang.
Kemudian barulah ia sedar dirinya terperangkap dan tidak boleh keluar.
Sekarang ia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada seseorang untuk meletakkan bijirin dalam balang supaya dia dapat bertahan hidup.
Dia sekarang tidak ada pilihan selain makan apa yang diberikan kepadanya.
Apa pengajaran yang boleh dipelajari dari cerita ini?
1. Keselesaan jangka pendek boleh membawa kepada malapetaka jangka panjang.
2. Jika sesuatu datang dengan mudah dan kita merasa selesa, sebenarnya kita terperangkap dalam kebergantungan.
3. Apabila kita tidak menggunakan kemahiran kita, kita akan kehilangan lebih daripada sekadar kemahiran. Kita kehilangan PILIHAN dan KEBEBASAN.
4. Kebebasan tidak datang dengan mudah tetapi boleh hilang dengan cepat.
5. Tiada apa yang datang dengan mudah dalam hidup dan jika ia datang, mungkin ia tidak berbaloi.
Jangan memperkecilkan susah payah kehidupan, ia adalah rahmat yang tersembunyi.
(Terjemahan daripada artikel asal dalam bahasa Inggeris dan gambar oleh Tn Anef Asbe)
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran