fbpx

Janganlah kalian menjadikan kubur-kubur sebagai masjid-masjid

  • 2Minutes
  • 219Words
  • 55Views

Ritual orang Yahudi di kuburan.

Video ini dirakam ketika menziarahi negara Palestin pada tahun 2017.

Pada tahun berkenaan saya berpeluang menziarahi Kota Baitulmuqaddis sebelum menunaikan Umrah.

Bukan senang melawat dan menziarahi Masjidil Aqsa, kiblat pertama Islam.

Dalam video ini, kami menziarahi maqam Nabi Daud yang terletak di Bukit Zion yang dikuasai oleh orang Yahudi.

Zion bermaksud Daud, dalam bahasa Hebrew.

Di makam Nabi Daud, jelas orang-orang Yahudi melakukan ritual agama mereka di situ.

Kata Ustaz Syed Abdul Aziz Al Edruce mutawif kami, antara sebab kenapa umat Islam dilarang beribadah di kubur adalah kerana ia menyerupai amalan orang Yahudi.

Ia sebagaimana larangan Rasulullah yang maksudnya:

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya, umat sebelum kalian suka menjadikan kubur-kubur para Nabi dan orang-orang soleh dalam kalangan mereka sebagai masjid-masjid. Beringatlah! Maka janganlah kalian menjadikan kubur-kubur sebagai masjid-masjid. Sesungguhnya aku melarang kalian daripada melakukan hal itu!”

Saya teringat video apabila video ini sejurus melihat satu video yang tular yang memaparkan sekumpulan umat Islam melakukan ritual di Makam Tok Kenali.

Terkejut saya melihatnya dan terus teringat video lama yang masih dalam simpanan saya ini.

Selalunya kita nampak ia berlaku di negara jiran, Indonesia tapi kali ini di Malaysia.

Semoga ia tidak melarat di Malaysia. Fatwa berkenaan perkara seumpama ini pun dah ada.

Fatwa rujuk di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Suatu ketika dahulu ASB pernah memberikan pulangan tinggi. Malah pernah…