Jenis-jenis Pelanggan yang Tidak Puas Hati
Dalam bisnes, biasa terjadi pelanggan tidak puas hati dengan urusan jual beli atau perkhidmatan yang dilakukan oleh usahawan. Justeru, kita perlu berwaspada dengan pelanggan-pelanggan yang tidak puas hati ini, demi masa depan bisnes kita.
1. Pelanggan yang tidak puas hati, tetapi tidak memberitahu sesiapa yang beliau tidak berpuas hati.
Pelanggan jenis ini tidak membahayakan perniagaan kita. Pelanggan jenis ini akan pulang daripada kedai atau pejabat kita dengan perasaan tidak puas hati dan kemudian tidak lagi muncul-muncul untuk berurus niaga dengan kita. Lalu kita akan kehilangan seorang pelanggan. Pelanggan jenis ini tidak terlalu membahayakan perniagaan kita kerana perasaan tidak puas hati tersebut hanya ada di dalam hatinya sahaja, dan tidak diluahkan.
Sebagai usahawan, kita perlu peka atas setiap permasalahan yang dihadapi oleh para pelanggan. Sekiranya kita bijak untuk mengenal pasti pelanggan jenis ini, kita akan dapat menghindari daripada kehilangan seorang pelanggan. Jangan menganggap seorang pelanggan yang hilang tidak menyebabkan bisnes kita rugi, sebab seorang pelanggan yang puas hati akan datang lagi. Jika ini terjadi, kita bukan setakat untung sekali, malah berkali-kali.
2. Pelanggan yang tidak puas hati, kemudian beliau memberitahu kita yang beliau tidak berpuas hati.
Pelanggan jenis ini memberi kebaikan kepada perniagaan kita. Pelanggan jenis ini akan memberitahu kita bahawa dia tidak puas hati dengan produk atau perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan jenis ini memberi faedah kepada kita sebagai penilaian terhadap bisnes yang kita jalankan.
Dengan adanya pelanggan jenis ini, kita akan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan produk atau perkhidmatan pada bisnes yang kita jalankan. Justeru, kita hendaklah cepat-cepat memuaskan hati pelanggan jenis ini supaya kita tidak kehilangan pelanggan. Sekalipun dengan memuaskan hati pelanggan jenis ini, kita akan Jika pelanggan jenis ini gagal mendapat kepuasan yang dikehendakinya, ada kebarangkalian besar dia akan menghebahkan perasaan tidak puas hatinya kepada orang lain. Dengan kata lain, kita akan kehilangan lebih banyak bakal pelanggan!
Seandainya kita berjaya memuaskan hati pelanggan jenis ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengelak daripada kehilangan seorang pelanggan. Lebih daripada itu, pelanggan jenis ini akan menghebahkan perkara ini kepada orang lain dan kita akan mendapat lebih ramai pelanggan.
3. Pelanggan yang tidak puas hati, tidak memberi tahu kita, tetapi memberitahu orang lain yang dia tidak puas hati.
Pelanggan jenis ini amat membahayakan perniagaan kita. Pelanggan jenis ini nampak seolah-olah puas hati dan tidak apa-apa yang berlaku sepanjang urus niaga, namun selepas urus niaga dia akan menghebahkannya perasaan tidak puas hatinya kepada orang lain.
Pelanggan jenis ini umpama virus kanser di dalam bisnes. Kehadirannya tidak disedari, namun setelah kanser itu merebak teruk, barulah kewujudannya disedari. Ketika itu kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk menyembuhkannya. Disebabkan pelanggan jenis ini tidak memberitahu kita ketidakpuasan hatinya, maka kita tidak akan tahu kelemahan dan kekurangan di dalam bisnes yang kita jalankan. Oleh itu, ia amat-amat memberi kesan buruk kepada perniagaan kita. Kita bukan setakat kehilangan seorang pelanggan yang tidak puas hati, malah kehilangan lebih banyak bakal pelanggan pada masa-masa akan datang.
Kita perlu bijak untuk menangani situasi ini. Ia boleh disedari dengan beberapa tanda seperti jualan semakin berkurangan, jumlah pelanggan yang sedikit dan sebagainya. Jadi, untuk memastikan perkara ini tidak terjadi, kita seharusnya memaksimumkan kualiti perkhidmatan dan produk bisnes yang kita jalankan agar dapat meminimumkan kategori pelanggan jenis ini.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
hehe.. kalau yang ni saya yang nombor 3….
bukan apa, malas nak sound tokei kedai tu sbb kalau sound pun bukan ambil kira sgt diaorg nih ckp kita terutama peniaga melayu….
bukanlah nak menjatuhkan org tapi kadang2 benda tu dpn mata pun buat dek jer…
lepas tu mmg tak dtglah… 😉
Bahaya tu lutfee 🙂