fbpx

Kopi tepi jalan mahal?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 304Words
  • 249Views

By right, kalau dah kopi tepi jalan tu mahal sangat, kurangkanlah minum kopi tepi jalan. Kan?

Wicis ada je pilihan lain kalau rasa mahal. Kopi mamak dalam RM2 je kot.

Baidewei, kalau nak lagi jimat, beli je kopi 3 in 1 dan bancuh sendiri.

Cuma tak berapa nak hipster la…

Saya setuju jika hendak mengatakan kopi tepi jalan itu mahal dan tidak sepadan dengan harganya. Secara personal, saya memang tidak amalkan membeli kopi mahal seperti ini. Ia merupakan hak dan pilihan masing-masing.

Saya juga tidak mempersoalkan atau mengeluh tentang harga yang ditetapkan oleh mereka.

Kerana itu adalah hak dan pilihan mereka sebagai peniaga. Saya tidak tahu apa kos sebenar mereka.

Saya perhatikan, ramai juga yang membeli walaupun dikatakan mahal. Mungkin ada rasa istimewa dalam kopi ini bagi mereka. Itu juga adalah hak dan pilihan mereka.

Hak kita sebagai pengguna adalah untuk membeli atau tidak membeli produk jualan mereka.

Setiap individu mempunyai hak, gunakan hak masing-masing dengan bijak untuk memilih atau tidak.

Kalau rasa mahal, tidak perlu membelinya.

Jika rasa ia berbaloi dengan harga, silakan.

Kadang-kadang kita terlalu suka mengeluh tentang harga peniaga tepi jalan yang mahal, tetapi susah nak dengar orang mengeluh tentang harga di Starbucks.

Sebelum ini viral ada orang kritik harga burger tepi jalan yang mahal, tetapi jarang didengar orang mengeluh tentang harga burger di McDonald’s dan Burger King.

Kadang-kadang ada juga yang mengeluh tentang harga nasi lemak tepi jalan yang mahal, harga karipap tepi jalan yang mahal – padahal harga makanan yang sama di hotel jauh lebih mahal.

Oh ya, mengeluh pun merupakan hak masing-masing, bukan? 😌

Harga buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E atau #BukuFIRE hanya bersamaan dengan 4-5 cawan kopi hipster.

Berbanding naskah sebelum ini, Bijak Merancang Wang #BukuBMW, topik kali ini lebih berat dan banyak bermain dengan minda.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seminggu ni Bank Islam teruk dihentam depan belakang kanan kiri…