fbpx

Kadar Caj Kad Kredit

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 280Words
  • 515Views

Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq

 

No photo description available.

Apabila bank bagi penangguhan bayaran untuk pinjaman. Kad kredit tak termasuk dalam penangguhan.

Bank bagi pilihan untuk bayar macam biasa atau tukar kepada term loan tempoh 3 tahun dengan kadar ‘interest’ 13%.

Tengok dulu ‘interest’ biasa kredit kad. Kalau pembayaran cantik.

15% – bayar cantik 12 bulan
17% – bayar cantik 10 bulan
18% – bayar cantik kurang dari 10 bulan

1. Bayangkan ada hutang RM5k, kalau bayar ‘minimum payment’ sahaja iaitu RM225. Ikut kadar 15%.

Akan ambil masa 30 bulan untuk selesaikan dan dengan cas RM1850 untuk ‘interest’. Jumlah kena bayar *RM6850.

2. Kalau tukar pada term loan 13%. Bulanan akan jadi rendah RM193 sahaja. Tapi tempoh akan jadi 36 bulan. Dengan total bayaran *RM6950. Lagi tinggi total bayaran!

3. Jangan risau ada lagi 1 cara nak jimat. Buat ‘Balance Transfer’ dengan syarat korang ada kad kredit lain.

Balance transfer ni pindahkan hutang dari 1 kad pada kad lain. Tapi dengan kadar yang lebih rendah. Biasanya 0% dan tanpa cas untuk processing.

Kalau nak buat kena pandai pilih bank dan tempoh. Kebanyakan bank kalau bawah 12 bulan 0% cas atau kalau nak buat 36 bulan biasanya 4.5 – 5% sahaja ‘interest’ tahunan.

Lagi rendah dari 13% kan? Macam mana nak apply? Kena isi form online dan email atau call bank minta guide.

Kenapa kena consider cara ni?
1. Kadar cas yang lebih rendah
2. Bayaran bulanan yang lebih rendah
3. Selesaikan hutang lebih cepat
4. Ada lebihan cash dan perbaiki DSR

Ada 5 bank yang saya biasa cadangkan. Kalau ada kad dari salah satu bank ni boleh cuba. Saya akan letak list bank tu dalam channel saya.

Kalau dah buat cara ni. Jangan lagi gatal tangan kumpul hutang kad kredit. Guna cara ni untuk selesaikan hutang dengan kos yang lebih rendah.

#cikguscooter

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Notis rasmi dari MTA (Malaysian Takaful Association), PIAM (Persatuan Insurans…