Kadar inflasi perubatan dijangka cecah 16.4%!

  • 3Minutes
  • 405Words
  • 6Views

Kadar inflasi perubatan dijangka cecah 16.4%!

Membaca berita ini, teringat saya pada satu perbualan bersama seorang doktor pakar, baru-baru ini.

Tulisan ini mungkin akan mengejutkan pembaca dan mungkin juga menyinggung rakan-rakan yang berada bidang kesihatan.

Tapi saya kira ia satu tanggungjawab sosial untuk didedahkan, memandangkan isu yang akan saya tulis ada kaitan dengan bidang yang saya ceburi

  1. Beliau merupakan seorang doktor pakar, pernah berkhidmat di sebuah hospital swasta terkemuka. Namun beberapa bulan lepas, kontraknya tidak disambung selepas 14 tahun berkhidmat.

Bukan kerana kekurangan kemahiran.

Tetapi kerana penilaian prestasi beliau “kurang memuaskan”, satu istilah yang nampak profesional, tapi menyimpan maksud yang lebih dalam.

Katanya, antara sebabnya ialah kerana beliau enggan akur kepada “amalan tak rasmi” di hospital tersebut.

Beliau dan beberapa rakan doktor lain pernah diminta “secara halus dan tidak bertulis” untuk mengenakan caj rawatan yang tinggi, terutamanya kepada pesakit yang menggunakan guarantee letter (GL) atau medical card takaful / insurans.

Dengan kata lain, pesakit yang ada perlindungan takaful atau insurans dianggap sebagai “lubuk” untuk menaikkan keuntungan hospital.

Contoh yang diberi sangat mengejutkan. Prosedur yang biasa berharga RM3,000 untuk pesakit biasa, tiba-tiba menjadi RM10,000 hanya kerana pesakit itu ada kad perubatan atau GL.

Doktor ini menolak amalan begitu.

Baginya, prinsip perubatan yang telus dan beretika tidak sepatutnya tunduk kepada kepentingan komersial.

Namun malangnya, kejujuran itu menjadi satu “kecacatan” dalam sistem yang semakin didominasi oleh kapitalisme kesihatan.

2. Sebelum ini saya hanya baca laporan-laporan akhbar, contohnya laporan sidang PAC di parlimen hujung tahun lepas.

Tapi kali ini saya mendengar sendiri dari mulut seorang doktor pakar yang berpengalaman 26 tahun dalam bidang kesihatan dan 19 tahun sebagai doktor pakar.

Apa yang saya tulis ini pun sudah mendapat persetujuan daripada beliau selepas semakan untuk double check.

Isunya bukan satu dua hospital.

Ini adalah gejala nasional. Jika tidak, masakan sebegini rupa inflasi kesihatan di Malaysia.

Menurut laporan, kos rawatan hospital swasta di Malaysia meningkat antara 12% hingga 17% setiap tahun, jauh melebihi kadar inflasi biasa malah juga lebih tinggi daripada purata inflasi perubatan negara-negara serantau dan seluruh dunia!

Dan pesakit yang menggunakan takaful / insurans adalah antara yang paling terkesan.

Syarikat takaful / insurans pula mula mengetatkan perlindungan, menyebabkan ramai pengguna akhirnya terpaksa membayar sendiri sebahagian kos walaupun sudah ada kad perubatan.

3. Sampai bila kesihatan jadi bahan dagangan?

Di mana letaknya sempadan antara profesionalisme dan keuntungan?

Dan lebih penting, adakah kita sebagai pesakit benar-benar dilindungi, atau sekadar menjadi mangsa dalam sistem yang lebih utamakan bil daripada nilai insan?

Gimana menurut kalian?

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Setiap kali viral posting medical card kena reject, satu sahaja…