fbpx

Kecenderungan politik hanya hak sebagai rakyat Malaysia di musim pilihanraya

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 348Words
  • 201Views

“Tuan tak takut ke menzahirkan sokongan politik di media sosial? Tak takut hilang followers, tak takut hilang klien?”

Alhamdulillah, kalau Sdra/i ikuti saya lama dahulu, tak mungkin keluar soalan ini.

Sejak daripada awal bermedia sosial, memang tak pernah sembunyikan kecenderungan politik saya.

Rezeki datang daripada Allah, bukan datang daripada kerajaan.

Saya berpolitik, cuma tidaklah politik 24 jam macam sesetengah tahi politik. Saya memang ada kecenderungan politik, ia hak sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi.

Saya mahukan kerajaan yang bersih dan stabil.

Alhamdulillah, setakat ini bisnes saya tidak terjejas hanya disebabkan perbezaan pendirian politik. Jika terjejas akibat faktor lain, itu normallah.

Ketika parti yang sokong berada dalam kerajaan negeri, saya tidak melobi atas dasar parti untuk dapat projek. Begitu juga apabila berada dalam kerajaan pusat.

Sejak zaman PM Dato Seri Najib lagi, saya biasa menerima jemputan jabatan-jabatan kerajaan, kementerian, kerajaan negeri untuk mengendalikan program #SeminarBMW dan kadang kala dijemput ke kaca TV.

Selepas PRU 13 di bawah kerajaan PH pun masih dapat jemputan sama daripada kementerian yang sama, dan daripada stesen TV yang sama.

Begitu juga apabila kerajaan bertukar lagi pada Februari 2020, jemputan masih lagi sama.

Malah ada juga stesen TV / kementerian / ejensi kerajaan yang sebelum ini tidak pernah menjemput, tiba-tiba dapat jemputan. Saya percaya ia tiada kaitan dengan politik. Mereka profesional dan saya pun profesional.

Berkempen politik begini sekali sahaja, apabila tiba musimnya. Jika parti yang kita sokong itu menang, sudah tentu kita gembira dan kerja tetap kena jalan selepas PRU. Jika kalah pula, kita sedih dan, kerja yang sama juga berjalan.

Tidak ada bezanya pun. Cuma jika menang, tentulah lebih gembira berbanding kalah. Tapi gembira atau kecewa macamana pun, kerja dan bisnes tetap kena jalan macam biasa.

Ada kerja, ada hasil. Tak ada kerja, tak ada la hasilnya. Namun untuk melobi atas dasar politik, bukan cara saya bekerja.

Oh ya, baru ni saya dapat jemputan untuk memberi ceramah berkaitan politik dan manifesto, saya tolak. Ia bukan bidang saya.

Bidang saya ialah bidang kewangan. Jika jemputan berkisar topik kewangan, insya Allah saya terima tidak kira parti mana. Boleh isi borang di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Alif Ahmed https://www.facebook.com/alifahmed.kini/posts/pfbid02DgojDKkwBhfsQMpcPwQdtticomst4LibcJ8fXGheZ6crGVKbNwcNnT8RnXjKitXel 7 simple tips 'kewangan'…