Kelantan dan Sabah mencatat kadar celik kewangan paling rendah di Malaysia?

  • 2Minutes
  • 326Words
  • 17Views

Kelmarin kecoh satu laporan yang menyebut bahawa Kelantan dan Sabah mencatat kadar celik kewangan paling rendah di Malaysia.

Laporan itu berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP.

Dalam laporan yang sama, disebut pula bahawa rakyat Kuala Lumpur mempunyai tahap literasi kewangan paling tinggi.

Sebenarnya tidak perlu kita terkejut atau melatah dengan berita ini.

Saya tidak pasti metodologi penilaian celik kewangan yang digunakan, tetapi besar kemungkinan ia diukur melalui baki simpanan KWSP rakyat di setiap negeri.

Kalau kita kaitkan dengan pengkelasan isi rumah B40, M40 dan T20, kita boleh nampak kaitannya.

Di Kuala Lumpur, pendapatan isi rumah RM9,150 masih lagi dianggap sebagai B40.

Namun, jumlah yang sama di Kelantan atau Sabah sudah pun dikira sebagai T20.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya rakyat Kuala Lumpur dilihat mempunyai simpanan KWSP lebih tinggi berbanding negeri lain, sekaligus memberi gambaran tahap literasi kewangan mereka lebih baik.

Hakikatnya, angka-angka ini tidak semestinya menggambarkan sikap atau ilmu kewangan, tetapi lebih kepada perbezaan kos sara hidup dan tahap pendapatan di sesebuah negeri.

Penduduk Kuala Lumpur bekerja dalam sektor dengan gaji lebih tinggi, tetapi kos kehidupan mereka juga lebih besar.

Manakala rakyat di Kelantan dan Sabah mungkin berpendapatan lebih rendah, tetapi kos kehidupan mereka juga jauh lebih murah.

Maka, walaupun tahap simpanan KWSP lebih kecil, tidak semestinya mereka tidak celik kewangan.

Apa yang lebih penting ialah kefahaman masyarakat tentang pengurusan wang.

Celik kewangan bukan hanya diukur pada jumlah simpanan, tetapi pada cara mereka mengurus hutang, membina tabungan kecemasan, membuat pelaburan bijak, melindungi keluarga dengan takaful, serta memastikan harta dapat diwariskan dengan baik.

Justeru, laporan seperti ini wajar dibaca dengan kaca mata yang lebih luas.

Ia bukan untuk merendahkan negeri tertentu, tetapi untuk membuka ruang perbincangan tentang pendidikan kewangan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Akhir sekali, celik kewangan sebenar ialah apabila seseorang mampu hidup tenang, bebas daripada tekanan hutang, ada simpanan, mampu menyara keluarga, dan masih berpeluang memberi manfaat kepada orang lain.

Itulah sebenar-benar ukuran yang melangkaui sekadar baki dalam akaun KWSP.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Beli hartanah tak salah. Tapi orang beli hartanah yang salah.…