fbpx

Kelebihan pengeluaran KWSP tersasar secara berkala untuk survival berbanding pengeluaran sekaligus

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 162Words
  • 184Views

1. Secara umumnya saya setuju pengeluaran tersasar iaitu untuk golongan yang betul-betul terdesak untuk survival. Mereka terdesak perlukan wang untuk survive.

2. Bukan dibuka kepada semua yang nanti akan kedengaran cerita beli handphone baru, renovate rumah, deposit kereta guna duit KWSP malah ada juga yang terjoin scam, kena tipu selepas mengeluarkan duit KWSP sebagaimana yang pernah berlaku ketika musim pendemik dahulu.

3. Pengeluaran secara berkala lebih baik daripada pengeluaran sekaligus. Disebabkan pengeluarkan sekaligus sebelum ini yang memungkinkan orang yang menerima membelanjakan pada perkara yang bukan keperluan dan terdesak.

4. Pengeluaran 500 atau 1000 sebulan selama 10 ke 20 bulan lebih membantu untuk survive berbanding 10 sebulan. Ia dpt mengurangkan risiko kita terbeli handphone baru, terrenovate rumah, terbeli kereta, terkena scam dan terkena tipu

5. Cuma isunya sekarang, ramai yang terdesak tapi dalam masa sama wang KWSP hampir habis ditarah. Buktinya seramai 5.1 juta atau 76% pencarum bumiputera KWSP yang berumur bawah 55 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan kurang daripada 10k pada hujung tahun 2022.

Wallahua’lam. Silakan kecam seperti biasa.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Takaful RAHMAH. 3.33 sahaja sehari. Inilah juadah yang bakal anda…