fbpx

Kenaikan Harga Sumbangan Takaful Bermula 1 Julai 2019

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 270Words
  • 331Views

bagaimana anda melihat takaful

Ramai juga yang tanyakan saya tentang desas-desus kenaikan harga sumbangan takaful bermula 1 Julai 2019.

Dikatakan, ada arahan dari Bank Negara Malaysia untuk semua syarikat takaful dan insurans untuk menaikkan caruman.

Tulisan-tulisan pada gambar ini antara yang digembar-gemburkan.

Dan kalau dilihat pada gambar-gambar yang dikongsi, ( gambar di bawah ) ia bukan notis rasmi dari BNM pun.

Ia tulisan ejen-ejen takaful dan insurans.

Sebenarnya notis rasmi dari BNM adalah berhubung peraturan baru berhubung polisi produk-produk takaful dan insurans investment-link.

Dalam notis dari BNM mengenakan syarat baru ke atas semua syarikat untuk memastikan produk-produk insurans / takaful investment link mereka mengenakan “Minimum Allocation Rates” atau MAR sebanyak 60% dengan tujuan supaya polisi berkenaan boleh bertahan lebih lama berbanding sebelum ini.

Dalam peraturan ini juga, semua syarikat perlu memberi makluman kepada pelanggan mereka tentang nilai tunai polisi serta tempoh berapa lama ia mampu bertahan sekiranya tiada bayaran.

Berbanding sebelum ini, tiada sebarang keperluan untuk syarikat memaklumkan kepada pelanggan.

Dalam peraturan baru ini juga, bagi polisi sebelum 1 Julai 2019, syarikat perlu memberi notis awal setahun sekiranya polisi akan lapse disebabkan kenaikan kadar sumbangan walaupun polisi dibayar macam biasa.

Bagi polisi selepas 1 Julai pula, syarikat perlu memastikan caruman dan nilai tunai boleh bertahan sehingga tamat tempoh polisi.

Jadi berbalik kepada soalan yang dikemukakan “betul ke harga akan meningkat selepas 1 Julai?”

Mungkin ya, mungkin tidak.

Jika satu syarikat naik harga, tak semestinya syarikat lain turut naik harga.

Dan sebenarnya tanpa notis ini; caruman takaful bagi investment link dan terutama medical card, memang akan dinilai secara berkala dalam masa 3 ke 5 tahun sekali dan ia termaktub dalam polisi bahawa akan berlaku kenaikan caruman sekiranya tak cukup nilai tunai.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gambar screenshoot ini saya petik dari Tuan Sufyan Bakir seorang…