Kenaikan kos medical card: Pilihan mana yang lebih bijak

Insurans dan takaful perubatan, atau medical card makin hari makin terasa membebankan.
Betul, ia realiti yang pahit untuk ditelan.
Kalau ikut berita ini, ia mencecah 40% ke 70% kenaikan yang dijangkakan tahun depan!
Bank Negara Malaysia (BNM) hanya mampu kawal syarikat insurans dan takaful melaui produk, tuntutan, dan ejen.
Tapi BNM tak ada kuasa untuk kawal caj hospital dan doktor, terutamanya hospital swasta yang semakin melambung tinggi.
Dan siapa yang jadi mangsa? Pelanggan.
Kalau rasa medical card mahal, boleh je bergantung pada hospital kerajaan. Pilihan ini memang lebih jimat, tapi kena sabar dengan masa menunggu dan kesesakan.
Kalau nak juga guna hospital swasta tanpa medical card, boleh cuba buat tabung perubatan sendiri.
Kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Tapi ini perlukan disiplin tinggi, dan risiko tetap ada kalau tiba-tiba perlukan rawatan yang kosnya tinggi dan dana masih tak cukup. Akhir sekali terpaksa juga ke hospital kerajaan.
Satu lagi alternatif ialah konsep crowd sharing. Dalam konsep ni, peserta sama-sama kongsi kos rawatan bila ada yang masuk hospital.
Nampak menarik, tapi kena tahu konsep ini tak dikawal selia oleh BNM. Jadi, ia tak ada jaminan dan struktur kukuh macam syarikat takaful atau insurans.
Apa pun, pilihan lain yang mungkin lebih praktikal ialah tambah pendapatan.
Apabila pendapatan naik, bayar medical card atau kos rawatan jadi kurang membebankan.
Akhirnya, pilihan tetap di tangan kita.
Yang penting, rancang ikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Rancang kewangan, ubah kehidupan!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran