fbpx

Kenangan Melawan Penyontot-Terus Lawan Sampai Menang

  • 7 years ago
  • 4Minutes
  • 627Words
  • 357Views

Agak lama juga saya tidak aktif menulis dan membongkar program-program scam. Terutama selepas terbit buku Tersontot Di Pintu Shorga, dan lebih-lebih lagi apabila saya uninstall FB lebih sebulan tempoh hari.

Sehari dua ini update status pendek-pendek sahaja, berkaitan isu scam terkini.

Terkenang pengalaman lampau apabila saya membongkar program-program scam, antara perkara pertama yang akan saya terima ialah;

“Ini semua dengki tengok bisnes orang Melayu lain maju”.

Melawan scammer bukan kerja dapat duit. Malah menghabiskan banyak masa.

Setakat ini, yang paling dahsyat saya terima ialah ketika melawan scam emas delay dgn seorang otai yang disegani dalam industri emas yang Tuan-Puan tahu siapa gerangannya. Tok Belagak sekitar tahun 2014.

Dari segi angka matematik, fail.

Dari segi syariah, fail.

Dari segi model bisnes, pun fail.

Mana logik bayar duit utk beli emas tapi tak dapat emas, tapi dapat duit bulan-bulan dengan keuntungan.

Tapi disebabkan orang yang saya lawan ialah tokoh usahawan yang mempunyai ribuan pengikut dari seluruh negara, maka tulisan-tulisan saya menjadi cemuhan.

Haters-haters baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Kawan-kawan yang menyokong pun sekadar menyokong dari belakang. Tidak kurang yang juga yang berpesan untuk slow-down dahulu. Juga ada kawan-kawan yang cadangkan blok sang haters.

Setiap kali saya berikan pandangan tentang skim ini, pasti ruang komen akan terhambur dgn komen-komen sinis, sindiran dan caci maki.

Tidak kurang yang mesej personal memaki hamun membela dan ada juga yang ugut untuk saman.

Bohonglah jika saya katakan yang saya tidak rasa sedih dan kecewa.

Mujur pengalaman mengajar, dan masa akan menentukan segala-galanya.

Saya mempunyai dua pilihan;

1. Membiar sahaja dan biarkan skim itu tersontot dengan sendiri, atau

2. Terus menerus memberi peringatan dan kurangkan kebarangkalian rakan-rakan terdekat dan followers yang membacanya terlibat, sebelum skim itu tersontot.

Cara pertama lebih selamat. Tidak ada risiko caci maki. Tiada ugutan. Tidak perlu berhadapan saman. Tidak menjadi pengumpul haters. Tidak dipandang serong oleh kawan sendiri kononnya mencari publisiti murahan.

Ya, dari kawan-kawan rapat dan kaum kerabat sendiri.

Jika ia datang dari haters yang langsung tidak saya kenali, tidak rasa apa-apa sangat.

Tapi apabila datang dari rakan-rakan atau kaum kerabat sendiri yang tidak selesa dengan tulisan-tulisan saya, timbul juga rasa kesal dan malas hendak teruskan.

Mujur juga ada rakan-rakan yang memberi sokongan, biar pun tidak ramai tapi ia sebagai tonik dan suntikan semangat. Mereka juga turut menerima nasib sama spt saya, tapi tidaklah seteruk saya.

Saya bersyukur kpd ALLAH atas bantuan dari langit ini.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun – akhirnya ia terbongkar, tersungkur dan tersontot, barulah kawan dan lawan tadi mengakui kebenarannya. Sama ada secara terbuka atau secara senyap-senyap.

Ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Duit ke mana, untung ke mana. Sang Penyontot juga hilang entah ke manakala Sang Fighter pula sudah cedera parah sedang memulihkan diri sendiri dan keletihan dalam peperangan yang berat sebelah ini.

Ya, perang berat sebelah sebab ketika berperang Sang Penyontot mendapat laba besar dan ramai yang menjadi tentera hadapannya, manakala selepas perang tamat pula harta-harta rampasan perang dibolotnya seorang diri, walaupun kalah perang.

Manakala Sang Fighter yang cedera parah akibat perang berat sebelah ini hanya mampu tersenyum pahit. Tidak untung satu sen pun yg diperolehinya. Cuma kepuasan peribadi apabila mempraktikkan ilmu yang dipelajari selama ini.

Bagi Sang Fighter, ia tidak tamat di situ sebab akan muncul lagi Sang Penyontot-Sang Penyontot baru dengan tektik dan strategi baru yang memerhatikan dari jauh peperangan tadi. Sang Penyontot baru tidak akan ulangi kesilapan yang sudah dilakukan oleh Sang Penyontot lama yang sudah menghilangkan diri.

Perjuangan mesti terus.

Lawan tetap lawan!
Lawan sampai menang!

(Tulisan ini saya dedikasikan buat sahabat, Tuan KEY yang sedang berada di medan perang bersama PPIM dan Yusuf Azmi. Kali ini lawan mereka lebih dahsyat dan kemungkinan ada “payung besar”. InsyaAllah saya menyertai mereka selagi ia di jalan yg benar)

Afyan Mat Rawi
Penulis, Tersontot Di Pintu Shorga

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
BERHATI-HATI DENGAN 3 GELARAN INI 3 gelaran yg selalunya disalah…