fbpx

Kenapa Ada Ejen Takaful Panas?

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 472Words
  • 403Views

Apabila saya bangkitkan isu kononnya ada saving dalam medical card, muncul rakan-rakan baru di FB saya.

Ia dari beberapa kategori

  1. Ejen lama / leader agensi yang mempromosi medical card kononnya ada saving mcm bank.
  2. Pelanggan yang melanggan medical card dari ejen kategori 1.
  3. Ejen baru yang jadi anak buah kepada ejen kategori ke-1.

Kategori 1 paling tertekan dengan tulisan saya.

Sebab, klien dan ejen mereka mula tunjukkan tulisan saya yang mengandungi keluhan pemegang medical card jenis itu.

Dan mereka mula persoalkan benarkah medical card mempunyai saving macam bank?

Dan, ejen kategori 1 juga dipersoalkan oleh anak buah mereka yang selama ini diajar cara marketing membandingkan medical card takaful dengan bank / ASB / TH.

Agensi jenis inilah yang selalu buat flyers dengan jadual perbandingan antara takaful dengan bank / ASB / TH.

Pernah tengok kan?

Kalau tak pernah, rujuk tulisan saya yang bertajuk “Kenapa Ejen Takaful Suka Membandingkan Takaful Dengan Tabung Haji & ASB”.

Rujuk https://afyan.com/kenapa-ejen-takaful-suka-membandingkan-ta…/

Jadi, apabila ini berlaku, mereka mula menyerang saya.

Ada beberapa ejen yang baru kenal FB saya menyerang saya secara terbuka di ruangan komen. Ini jenis yang berani. Bagus.

Banyak juga serangan yang dibuat di ruangan tertutup. Yang ini selalunya sudah pernah serang saya sebelum ini tapi tewas.

Ejen sebegini, jika mereka komen di FB saya, mereka akan menggunakan akaun FB fake. Ini jenis yang bacul.

Mereka ini akan menuduh saya memburuk-burukkan produk mereka dan kompeni mereka.

Hakikatnya, produk yang sama juga saya gunakan dan pasarkan. Cuma saya tidak gunakan cara pemasaran sebagaimana mereka yang suka membandingkan takaful dengan bank.

Mereka suka menggunakan cara marketing jenis itu sebab mudah close. Mana tak close, sebab klien tidak anggap takaful sebagai perbelanjaan sebab dijanjikan “kalau tak berlaku apa-apa, akan dapat balik duit”.

Ya memang mudah close. Mudah dapat komisen besar. Mudah dapat oversea trip. Mudah dapat MDRT, TOT, COT, LOL.

Hakikatnya, persepsi dan tanggapan ini adalah salah sama sekali.

Jadi, apabila saya dedahkan salah tanggapan ini, ramai pengguna mulai celik dan buka mata. Dalam masa sama ramai juga ejen yang panas punggung.

Bagi ejen yang telus dan tidak mempromosi takaful dengan cara yang misleading, langsung tidak terkesan dengan pendedahan ini.

Yang panas punggung ialah ejen yang misleading. Mereka tidak senang duduk.

Maka ditimbulkan isu bahawa saya memburuk-burukkan produk dan kompeni lain.

Yang saya kritik ialah persepsi ini yang ditimbulkan oleh ejen, bukan kritik produk atau kritik syarikat.

Sudah berkali-kali saya tanyakan, ayat mana dan perenggan mana saya burukkan produk dan kompeni lain?

Sudah bertahun-tahun saya tanyakan soalan ini. Jawapan: Yillek.

Kepada ejen yang tak puas hati, dan masih beranggapan saya memburuk-burukkan produk dan kompeni mereka, saya cadangkan (cabar) kalian membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia. Negara kita ada peraturan.

Saya bertanggung jawab dengan apa yg saya tulis. Saya harap kalian juga begitu. Buktikan.

Tuan-Puan yg sedang membaca tulisan ini berada dalam kategori mana?

P/S: Panjang tulisan kali ini, siapa yang baca sampai habis?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila ada ejen buat perbandingan antara takaful dengan bank; -…