Kenapa Anda Perlu Beli Rumah Dahulu?

Sebab anda perlu beli rumah dahulu. Diterangkan oleh Tn Hannan Shawalludin di FB beliau.

Anak muda memang dinasihatkan ada plan untuk beli rumah pertama secepat mungkin. Kenapa?

1. Harga rumah makin mahal setiap tahun. Kau merungut pun dia akan naik harga tu, takkan turun.

So, apa patut kau buat? Tunggu harga turun?

Tak. Beli secepat mungkin sebelum dia makin naik.
.
.

2. Rumah yang dekat dengan area bandar akan makin mahal dulu, sebab ramai yang suka bertumpu dekat dengan bandar. Itu tempat orang cari rezki kan. So, kalau kau cepat, kau dapat la beli rumah best kat area berdekatan tempat kau kerja.
.
.

3. Waktu kau muda la senang nak buat loan untuk tempoh yang panjang. Kalau boleh tarik sampai 35 tahun terus, barulah ansuran bulanan jadi rendah. Kau pun tak terbeban nak bayar bulan-bulan banyak-banyak.
.
.
4. Lepas beli rumah tu, mohon perlindungan Takaful. Amik pampasan untuk sakit kritikal dan cacat anggota. Kenapa?

Supaya bila kena musibah macam ni, selalunya menyebabkan kau tak boleh kerja, tak da la kau kena jual rumah yang kau dah beli tu.

Kau pakai duit pampasan Takaful untuk bayarkan hutang rumah kau tu.

Duit lebih pampasan tu kau buat guna untuk sara hidup kau. Tak payah dah mengharapkan duit mak ayah. Diorang pun dah tua. Takkan nak pau diorang lagi kot masa tengah sakit/cacat tu?
.
.

Hannan Shawalludin
INFAQ Consultancy
0195775905

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri #takafulikhlas#takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq #infaqconsultancy#afyanmatrawi #afyan #duitdananakmuda #pasanganpengantin #graduan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com