Kenapa kita sering berhutang untuk benda tak perlu?
By right, jika kita mampu ansuran kereta 500, patutnya mampu simpan 500 sebulan sebelum beli kereta.
Tapi kenapa ia tak berlaku?
Semuanya sebab mindset
Tidak ada mindset delay grafitication atau menangguhkan kepuasan.
Mahukan kepuasan segera.
Natijahnya, semua benda nak berhutang hatta sekecil-kecil benda.
Mula-mula kereta, lepas tu perabot, lepas tu handphone.
Sekarang beli kat Shoppe harga barangan RM100 pun orang berhutang.
Ada yang kata kereta satu keperluan. Jika berkeluarga, mungkin ya.
Tapi masalahnya, fresh graduate yang gaji RM2,000 sebulan pun lebih galak nak beli kereta daripada menyimpan.
Pulak tu, nak beli kereta Bangsa H dengan ansuran RM700 – RM800 sebulan. Walhal duk di Lembah Klang yang banyak akses kemudahan awam.
Nak simpan RM100 susah bukan main.
Tapi dalam masa sama boleh pula berhutang bayar ansuran kereta RM700 – RM800 untuk beli kereta bangsa H.
Walhal kalau guna bajet yang sama untuk buat simpanan, dah boleh ada RM48,000 tabungan
800×12×5=48,000
Hanya perlu betulkan mindset sahaja.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran