fbpx

Apakah Gather Care? Dahulu dikenali sebagai Life Engineering, sebuah program crowd sharing kos perubatan pertama di Malaysia

  • 3 months ago
  • 5Minutes
  • 976Words
  • 2202Views

Pernah dengar Gather Care (dahulu dikenali sebagai Life Engineering)? Saya mengetahui program ini sejak tahun 2018 lagi.

Cuma ia semakin ramai yang mula ambil tahu pada tahun 2020 apabila ia mula pasarkan melalui sistem affiliate.

Gather Care ialah sebuah program crowd sharing (bukan crowd funding) utk berkongsi bil rawatan hospital sesama ahli.

Ia sebuah program komuniti yang dikendalikan oleh syarikat Crowd Care Sdn Bhd.

Mirip medical card takaful?

Sekali imbas ia mirip medical card takaful atau insurans, tapi bukan. Fungsinya sama iaitu untuk membantu peserta ditimpa musibah apabila dimasukkan ke hospital, tapi dengan kos yang jauh lebih murah berbanding medical card biasa. 

Jika medical card biasa, kita bayar bulanan, tapi Gather Care bayar yuran tahunan tanpa bayaran bulanan, kecuali sekiranya ada ahli dimasukkan ke hospital.

Maknanya, selepas menyertai program ini, peserta hanya perlu membayar HANYA JIKA mana-mana peserta dimasukkan ke hospital. 

Dan bayaran maksima setiap ahli bayar sekiranya ada claim, hanya RM50 sahaja pada bulan berkenan. Malah, jika tak ada sesiapa yang dimasukkan ke hospital pada bulan tersebut, tidak perlu bayar sesen pun! 

Wowww! Biar betul? Sudahlah tidak ada bayaran bulanan?! Bayar hanya jika ada claim, itupun maksima RM50 sahaja!

Mohon bertenang dan jangan teruja. Dan juga jangan panik 😁

  • Adakah ia lebih baik daripada medical card?
  • Adakah ia scam?
  • Adakah ia legal?
  • Apakah statusnya di sisi undang-undang Malaysia?

Itulah soalan yang bermain di fikiran saya apabila mengetahui program ini sejak 2018.

 

Saya tahu program ini sejak 2018

Saya mengetahui program ini sejak tahun 2018 lagi dan terus merujuk kepada autoriti, iaitu Bank Negara Malaysia. 

Ini emel-emel saya berhubung dengan BNM berkenaan program Life Engineering ini.

Ini pula (imej di atas) mesej saya dengan seorang ejen Gather Care yang ketika itu masih dikenali dengan nama Life Engineering.

Saya kongsikan satu kenyataan daripada BNM yang beliau sendiri tak dimaklumkan, walaupun dah pasarkan Life Engineering.

Jadi saya terpanggil untuk berkongsi info yang saya ketahui.

Ini kenyataan (imej di atas) oleh BNM berkenaan program ini sejak tahun 2017.

Baca artikel di sini

Life Engineering (nama lama Gather Care) pernah tersenarai dalam watchlist BNM, tapi tidak lama.

Management Life Engineering mengambil tindakan proaktif utk memberi penjelasan kepada BNM dan ia dikeluarkan tidak lama kemudian.

Ini satu info yg vital bagi sesiapa yang ingin terlibat dengan Life Engineering, sama ada sebagai ejen atau pelanggan.

Dalam senarai watchlist BNM memang sudah tiada, tapi notis peringatan umum terhadap program ini ketika watchlist masih ada di website BNM. 

Ini pula (imej di atas) ialah respon awal oleh BNM berkenaan program ini:

Ini respon daripada BNM terhadap emel yang saya hantar pada tahun 2018.

Tuan,

Kami merujuk e-mel tuan berkaitan perkara di atas.

Untuk makluman, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mendapat maklumat bahawa Life Engineering iaitu sebuah program yang terdiri daripada aplikasi mudah alih untuk penjagaan kesihatan dan perbelanjaan perubatan telah dilancarkan baru-baru ini oleh Crowd Care Sdn. Bhd. Model perniagaan Life Engineering seolah-olah sama seperti perniagaan insurans atau perniagaan takaful yang dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act, FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act, IFSA). BNM ingin menasihati orang ramai bahawa entiti berlesen sahaja boleh menjalankan perniagaan insurans atau perniagaan takaful di Malaysia. Crowd Care Sdn. Bhd. (pentadbir Life Engineering) pada masa ini bukan merupakan entiti berlesen di bawah FSA atau IFSA.

Sejerus selepas itu juga saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak syarikat Crowd Care, dan ini respon mereka:

Ini pula (imej di atas) respon daripada CEO syarikat Crowd Care berkenaan program ini. Pada tahun yang sama saya emel kpd BNM.

Apa yg Tuan-Puan faham? Adakah ia scam? Apakah status perundangan program ini? 

Ini persoalan asas yang kita kena clear.

Kalau ia scam, kenapa ia dikeluarkan dari watchlist BNM?

Kalau ia bukan scam, kenapa BNM keluarkan kenyataan sebegitu rupa?

Pening kan?

Saya pun pening.

Hahahahah….

KESIMPULAN SAYA

Baik, ini pendapat saya. Terbuka sama ada Tuan-Puan nak terima atau tolak.

1. Gather Care  ialah sebuah program Crowd Sharing yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia. Difahamkan bahawasanya di China, Jack Ma sudah jalankan program seperti ini.

2. Gather Care berada dalam “gray area” undang-undang Malaysia yang berkaitan syarikat takaful dan insurans. Ia bukan kompeni takaful / insurans tapi fungsinya hampir sama dengan insurans / takaful.

3. Gather Care BUKAN / TIDAK SAMA SEKALI menggantikan medical card. JANGAN batalkan medical card sedia ada hanya disebabkan anda sign up Gather Care.

4. Gather Care baru berusia beberapa tahun. Ahli pun kurang 5,000 orang. Jadi, track record masih belum meyakinkan.

5. Gather Care juga adalah HACK dalam industri takaful dan insurans. Sebagaimana Uber dan Grab pernah hack industri teksi.

Inilah 5 pendirian saya tentang Gather Care.

Berdasarkan pendirian di atas, saya melanggan Gather Care dalam masa sama kekalkan polisi medical card saya dan keluarga. 

Saya jadikan Gather Care sebagai plan back up. 

Jika Tuan-Puan ingin mendaftar sebagai Guest untuk portal Gather Care ini, klik di sini 

Ia PERCUMA sahaja jika daftar sebagai GUEST.

Lepas daftar, boleh PM Puan Hanum @hanumsaad untuk dimasukkan dalam group khas.

Oh ya, antara sebab yang menyebabkan saya meyakini Gather Care adalah keberanian syarikat tersebut untuk mendapatkan status patuh syariah. 

Klik Channel Telegram

Baca juga : Life Engineering (Gather Care) Bukan Pengganti Kepada Medical Card

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ajian Kamarudin Macamana konsep TAKAFUL tu. Konsep…