fbpx

Kenapa saya pertahan perbankan islam dan takaful dari fitnah

  • 2 days ago
  • 3Minutes
  • 428Words
  • 9Views

Kenapa saya melawan habis-habisan bangsa anti-bank Islam dan takaful, seperti Ezzul Harris, Safdar Alam, Muhammad Ezral dan seumpamanya?

1. Menghina para alim ulama

Kritikan adalah perkara biasa, dan sistem kewangan Islam (perbankan dan takaful) memang tidak sempurna kerana ia usaha manusia.

Namun, apabila kritikan bertukar menjadi penghinaan dan makian terhadap alim ulama, saya tidak boleh berdiam diri.

Para ulama yang mengasaskan dan membangunkan perbankan Islam dan takaful telah berijtihad selama puluhan tahun. Mereka membawa sistem kewangan Islam daripada tiada kepada wujud sehingga kita dapat menikmatinya hari ini.

Saya sendiri menyaksikan usaha mereka sejak 20 tahun lalu ketika mula menceburi bidang kewangan.

Usaha mereka bukan kerja sehari dua.

2. Menyokong sistem kewangan konvensional secara tidak langsung

Dalam usaha mereka menyamakan perbankan Islam dan takaful dengan riba, golongan ini secara tidak langsung mengiktiraf perbankan konvensional yang terang-terangan mengamalkan riba.

Ada juga antara mereka yang secara terbuka menyokong perbankan konvensional, malah merasa sakit hati dengan kemajuan perbankan Islam. Hakikatnya, mereka lebih rela sistem kewangan Islam hancur daripada melihat ia berkembang maju.

3. Usaha mereka disokong pula oleh Geng Forex yang terang-terang haram

Ironinya, golongan ini sering mendapat sokongan daripada geng-geng forex, walaupun forex sudah difatwakan haram oleh hampir semua negara Islam.

Fenomena ini mirip Perang Ahzab, di mana musuh Islam sanggup bersekutu walaupun berbeza ideologi semata-mata untuk menjatuhkan perjuangan Islam!

Begitulah juga halnya dengan bangsa anti-bank Islam ini; mereka berpakat dengan sesiapa sahaja yang boleh menyokong usaha mereka, walau bertentangan dari segi prinsip.

4. Tiada hujah pun!

Hujah mereka kebanyakan bersandarkan logik akal semata-mata tanpa merujuk Al-Quran atau hadis.

Jika ada pun, ia hanyalah tafsiran yang sudah dijawab oleh para pakar kewangan Islam.

Lebih lucu, banyak hujah mereka bersifat teori konspirasi tanpa fakta kukuh.

Jika diajak berdebat secara terbuka, mereka sering mengelak kerana sedar bahawa hujah mereka tidak berasas.

5. Hanya pandai mengkritik, tanpa solusi

Golongan ini hanya tahu mengkritik tetapi tidak pernah memberikan alternatif atau solusi praktikal. Mereka pernah mendakwa bahawa bank tidak mengambil risiko. Namun, apabila dicabar untuk membangunkan model bank sendiri, mereka gagal melaksanakannya.

Saya pernah mencadangkan supaya mereka menubuhkan koperasi sebagai alternatif kerana ia tidak sepenuhnya terikat dengan Bank Negara Malaysia.

Mereka ada ramai pengikut, jadi sepatutnya mampu mengumpul modal untuk membangunkan sistem kewangan sendiri. Tapi, seperti biasa, sekadar sembang kosong tanpa tindakan.

Kalau hanya tahu bercakap, “cipan pun boleh terbang.”

PENUTUP

Golongan ini bukan sekadar menentang sistem kewangan Islam, tetapi secara tidak langsung menyerang usaha memartabatkan ekonomi Islam.

Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam industri ini, saya merasakan tanggungjawab untuk mempertahankan perbankan Islam daripada tohmahan dan fitnah mereka.

“Takdok sebab demo nok lawe kawe,” – TGNA

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hari ini, saya terlihat satu iklan yang menyatakan "MEDICAL CARD…