fbpx

Kenapa Saya Pilih Bisnes

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 233Words
  • 274Views

Antara faktor saya memilih untuk menjalankan bisnes sendiri adalah untuk mencapai dua kebebasan ;

1. Kebebasan masa
2. Kebebasan kewangan

Dan sebagai seorang Muslim, erti kebebasan sebenarnya ialah

3. Bebas daripada azab api neraka.

KEBEBASAN MASA

Dengan menjalankan bisnes sendiri, kita boleh mengatur masa sendiri tanpa terikat dengan majikan.

Buat masa sekarang, masih belum memiliki kebebasan masa sepenuhnya namun dengan menjalankan bisnes sendiri, kita boleh memiliki masa yang fleksibel tanpa terikat dengan majikan.

Saya boleh menyusun jadual sendiri, tidak perlu bersesak-sesak menghadapi kesesakan jalan raya, tidak perlu mengambil MC untuk perkara-perkara kecemasan, boleh terlibat dengan aktiviti sosial ketika waktu pejabat, dan lain-lain. Walaupun mempunyai masa yang fleksibel, disiplin amat penting bagi memastikan bisnes berkembang.

KEBEBASAN KEWANGAN

Ini masih belum saya capai, yakni memiliki pendapatan pasif melebihi perbelanjaan.

Ia dalam proses pembinaan dari masa ke masa. Dengan memiliki kebebasan kewangan, sekaligus melengkapkan kebebasan masa.

Bebas dan merdeka.

Suka saya memetik tulisan Adam Khoo dari bukunya Self-Made Millionaire, perbezaan minda orang biasa dengan minda jutawan.

Minda orang biasa; melakukan sesuatu kerja untuk memperoleh wang bagi melakukan perkara-perkara yang disukai.

Kerja => memperoleh wang => lakukan perkara disukai

Manakala orang yang berminda jutawan pula; melakukan perkara yang disukai untuk memperolehi wang, seterusnya meneruskan melakukan perkara yang disukai.

Melakukan perkara disukai => memperoleh wang => terus melakukan perkara disukai.

Memetik kata-kata Ust Pahrol Juoi pula, jika kita tidak dapat apa yang kita suka, sukailah apa yang kita dapat.

Saya mesti pilleh!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Oleh: Afyan Mat Rawi, IFP (Islamic Financial Planner) SOALAN CEPU…