Kes viral tentang hukum faraid, apa peranan kita sebenarnya?
Saya menerima screenshot ini dalam group ejensi, sebuah posting daripada FB Kisah Rumah Tangga, yang berbunyi
“Salam min. Mohon hide fb aq. Aq just nk tanya pendapat min. Abg aq sudah meninggal 5 tahun yg lepas. Dia tinggalkan seorang balu (iaitu kakak ipar aq) dan 3 org ank yg masih bersekolah. Semua harta arwah abg dh agih ikut faraid dh. Masalahnya skrg kakak ipar aq selalu ganggu aq, minta aq belanjakan duit yg aq dpt dari faraid tu kpd ank2 dia. Dia suruh aq tanggung persekolahan anak2 dia min. Aq bukan taknak bagi tapi aq sndri pun byk tanggungan. Aq seorang suami, ada 4 org ank yg masih kecik2 dan
seorang isteri yg perlu aq nafkahi. Macam mana ye nk suruh kakak ipar aq senyap. Asyik duk mintak duit aq je. Tq min.”
Posting berkenaan dikongsi dengan caption:
” Masa hang sebat harta faraid abg hang hari tu hang tak pertikai pun kenapa hang sebat harta dia… la ni hang pertikai plak kena tanggung anak dia”
Saya hanya mampu menggeleng kepala sahaja membaca situasi tersebut.
Kes-kes sebeginilah yang menakut-nakutkan orang ramai tentang faraid, dan mula mencari alternatif lain seperti hibah.
Walhal kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Faraid bukan hanya semata-mata hak, tapi ia adalah tanggung jawab. Sebab itu hak lelaki dalam faraid lebih besar daripada hak wanita, sebab Quran juga menyebut bahawa lelaki adalah pemimpin ke atas wanita.
Dalil pengsyariatan faraid dijelaskan dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 7, 8, 9, 10, 11 dan 12. Detail Allah memberikan panduan tentang pembahagian faraid ke atas waris yang terdiri daripada suami, isteri, ibu bapa, anak-anak lelaki, anak-anak perempuan, adik-beradik lelaki, adik-beradik perempuan dan seterusnya.
Semua itu datang bersama-sama tanggung jawab setiap pihak.
Bak kata Ben Parker kepada Peter Parker:
“With great power comes great responsibility”.
Pengsyariatan faraid sudah cukup sempurna diturunkan oleh Allah, namun sayangnya tidak dipraktikkan dengan roh faraid yang sebenar.
Rentetan daripada inilah juga ramai yang memilih hibah malah kadang kala ada yang merendahkan faraid demi untuk mempromosi hibah dan hibah takaful. Walhal setiap instrumen itu ada fungsi dan kelebihan tersendiri.
Contohnya dalam kes di atas, memang tidak dapat dinafikan bahawa jika abang atau adik lelaki yang menerima faraid tinggalan adik-beradik yang meninggal dunia, datang dengan tanggungjawab menjaga anak-anak yatim merangkap anak-anak saudara mereka.
Dalam situasi di atas, sukar untuk kita memberi kesimpulan dan hukum kerana kita tidak tahu situasi sebenar daripada kedua-dua pihak. Tapi itu adalah gambaran situasi yang berlaku dalam masyarakat kita.
Saya pernah jumpa kes yang lebih teruk daripada situasi di atas. Nanti saya kongsikan ceritanya.
IKLAN: Takaful dan hibah bernilai RM200,000, dgn sumbangan RM46 bagi umur 30 tahun. Klik di sini
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran