fbpx

Bagaimana kenaikan OPR mengekang inflasi sedangkan harga barang pun dah semakin naik sebarang?

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 688Words
  • 341Views

Semalam 27 Disember, terbaca 2 berita ini di Berita Harian Online

1. Bank Negara mungkin naikkan lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas Januari ini bagi mengekang inflasi

2. Inflasi teras mencecah paras tertinggi baharu 4.2 peratus pada November 2022, BNM dijangka menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas

Tulisan ini agak panjang, jika tanak baca lama, boleh skipke hujung, ada beberapa tips.

Bagaimana kenaikan OPR mengekang inflasi sedangkan harga barang pun dah semakin naik sebarang?

Ada 2 teori.

Teori pertama, berkaitan pengguna.

Ia berkaitan dengan supply & demand. Apabila supply terhad dan demand tinggi, maka harga akan meningkat. Rakyat menggunakan wang lebihan mereka untuk berbelanja.

Jadi, untuk mengelakkan inflasi terus meningkat, maka kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan OPR.

Apabila OPR, kadar ansuran akan meningkat.

Apabila kadar ansuran meningkat, rakyat kurang berbelanja.

Apabila kurang berbelanja, maka demand pun akan berkurangan.

Apabila demand berkurangan, harga tidaklah naik tinggi sangat.i

Ia kembali kepada supply & demand tadi.

Teori kedua, berkaitan dengan pelaburan dan pulangan.

Satu lagi teori, apabila kadar faedah naik, maka pelaburan dalam pasaran juga akan meningkat.

Jadi pelabur akan datang untuk merebut peluang mendapatkan faedah yang tinggi.

Apabila kadar OPR meningkat, sepatutnya kadar keuntungan bank pun bekal meningkat. Jadi, pengguna akan lebih prefer untuk simpan dan labur dalam deposit tetap / fix deposit, ASB, Tabung Haji berbanding berbelanja.

Clear? Ini secara teorinya. Ia ilmu ekonomi 101.

Namun keadaan hari ini belum nampak lagi impaknya. Harga barang terus meningkat dan meningkat. Bekalan makanan asas seperti telur dan ayam pula bermasalah.

Keuntungan ASB juga lebih rendah berbanding sebelum. Jad tak ada faktor penarik untuki orang ramai terus menyimpan.

1997/1998 pernah berlaku situasi hampir sama, tapi inflasi tetap berlaku.

Ketika itu politik negara tidak stabil apabila berlaku pertembungan di antara Perdana Menteri dengan Perdana Menteri. Apabila negara tidak stabil, pelabur pun tak berani nak masuk.

Ketika itu berlaku krisis ekonomi dan krisis politik.

Berbeza kali ini. Krisis demi krisis melanda negara.

Krisis kesihatan sejak 2020 apabila Cocid-19 melanda, sudah hampir di penghujung. Moga ia terus tamat.

Namun krisis politik sejak 2018 apabila kerajaan berubah, dan Perdana Menteri berubah 3 – 4 kali masih belum nampak surutnya.

Kali ini kita menghadapi krisis ekonomi dan krisis politik serentak, mirip 1997.

Ditambah satu lagi krisis iaitu krisis bekalan makanan.

Jadi teori menaikkan OPR untuk mengekang inflasi ada sedikit canggung buat masa sekarang.

Mungkin awal-awal selepas PKP dulu sesuai kerana rakyat ada lebihan wang selepas setahun tidak bergerak dan bekerja daripada rumah, jadi ada banyak lebihan lantaran berkurangan kos pengangkutan selama setahun lebih PKP.

Tambahan pula lebihan daripada moratorium. Juga wang tambahan daripada kerajaan lewat bantuan khas kerajaan melalui I Sinar, I Citra dan sebagainya daripada KWSP.

Teori OPR dinaikkan untuk membendung rakyat berbelanja mungkin praktikal pada hujung 2021 dan awal 2022.

Sejak PKP tamat, sudah 4 kali OPR dinaikkan. Rakyat kembali bekerja macam biasa dan kos pengangkutan kembali kepada asal. Rakyat perlu bayar ansuran macam biasa tanpa moratorium. Tiada lagi bantuan khas KWSP.

Jadi, tanpa dinaikkan OPR pun rakyat memang akan kurang berbelanja kerana duit mereka juga semakin kurang.

Ramai bisnesman sekarang mengeluh jualan mereka semakin merosot selepas tamat PKP. Banyak juga cawangan perniagaan yang ditutup. Itu juga petanda bahawa rakyat semakin kurang berbelanja.

Dalam masa sama, situasi politik yang masih tidak stabil juga belum mampu menarik pelabur untuk datang.

Apa yang rakyat boleh buat? Kita jaga kita. Rakyat jaga rakyat.

Buat rakyat, berikut sedikit nasihat:

1. Bertahan, sementara ekonomi akan pulih. Bila? Wallahua’lam

2. Jangan buat sebarang hutang baru selagi belum betul-betul terdesak.

3. Bayar anauran macam biasa ikut kenaikan OPR. Semak dengan bank kadar terkini supaya tidak berlaku silap faham. Ada hutang yang ikut OPR dan ada yang tidak.

4. Jika ada masalah bayaran ansuran dengan bank, jangan lari. Bincang dengan banker untuk restructure atau refinance hutang kalian. Jalan terakhir, rujuk AKPK.

5. Usahakanlah untuk tambah pendapatan. Tambahkan sekali ilmu kewangan supaya apabila pendapatan bertambah, kos sara hidup tidak bertambah. Tanbah pendapatan tanpa menambah ilmu dan mindset kewangan yang betul, akan jadi seperti “makin besar periuk, makin besar keraknya”.

6. Usah berharap sangat.i bantuan kerajaan. Jika ada, ia bonus. Paling penting adalah berharapan, doa dan tawakal kepada Allah.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya menerima screenshot ini dalam group ejensi, sebuah posting daripada…