fbpx

Kisah 7 Ekor Lembu

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 200Words
  • 544Views

7 Ekor Lembu

Cerita ini biasa saya kongsikan dalam sesi-sesi #SeminarBMW

Ia tentang mimpi Raja Mesir.

Kisah ini ALLAH nukilkan di dalam Al-Quran, surah Yusuf, satu-satunya surah yang bercerita tentang seorang Nabi dari kecil hingga dewasa.

1. Dalam mimpi Raja Mesir, beliau melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus.

2. Dipanggil selllluuuruuuh ahlil-nujum satu negara utk mentafsir mimpi tersebut dan tiada seorang pun dapat berikan tafsiran yg tepat.

3. Sehinggalah sampai pengkhabaran kepada Raja Mesir tentang seorang banduan daripada penjara Mesir yg pandai mentafsir mimpi.

4. Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Nabi Yusoff ‘alaihissalam. Nabi Yusoff dipanggil oleh Raja Mesir untuk mentadbir mimpi tadi. Nabi mentafsirkan bahawa negara Mesir akan hadapi 7 tahun musim subur dan 7 tahun musim kemarau.

5. Nasihat Nabi Yusoff, tinggalkan SEPARUH gandum yg dituai selama 7 tahun pada tangkainya. Ia untuk kegunaan di musim kemarau.

6. Ibrah (iktibar) yg boleh kita ambil ialah, ketika ekonomi dlm keadaan baik, BANYAKKAN SIMPANAN.

7. Dan ketika gawat, SIMPANAN (dalam konteks Mesir ialah gandum) amat diperlukan.

Cash is king.

Afyan Mat Rawi, IFP

Soalan cepumas: Jika zaman nabi Yusof, rakyat Mesir beruntung sebab Raja Mesir dapat petunjuk melalui mimpi baginda. Kita sekarang di Malaysia hendak tunggu mimpi siapa?

(Video sekadar hiasan)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Rutin setiap Rabu malam, sesi latihan mingguan untuk #TeamINFAQTakaful. Topik malam…