fbpx

Tidak ada zaman kos sara hidup rendah

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 155Words
  • 220Views

Jap, pernahkah kita berada pada satu zaman kita rasa kos sara hidup PADA zaman tersebut adalah rendah?

Selalunya kita hanya rasa kos sara hidup pada zaman berkenaan rendah SELEPAS kita melepasi zaman tersebut.

Contohnya sekarang kita rasa rumah mahal, sebab kita pernah tengok harga rumah 10 tahun lepas lebih rendah berbanding sekarang.

Tapi sekiranya kita berada PADA tahun 2013, adakah kita beranggapan bahawa harga rumah ketika itu murah?

Tidak! Sekiranya kita berada pada tahun 2013, kita takkan rads harga rumah adalah murah, sebab kita akan banding pula harga pada tahun 2003.

Begitulah juga dengan harga perkara lain.

Kita rasa mahal, sebab kita pernah melalui zaman yang dikatakan harga murah.

Tapi hakikatnya ketika kita berada di zaman “harga murah” tadi, kita tak rasa harga barang pada zaman itu sebenarnya murah.

Jadi, untuk makluman semua, sebenanrnya harga barangan pada tahun 2023 ini adalah murah, sekiranya kita sekarang berada pada tahun 2024.

Apa pandangan anda? Setuju tak?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selama ini pengkelasan B40, M40, T20 hanyalah berdasarkan pendapatan isi…