Kisah benar pelanggan lawan syarikat takaful dan menang

  • 3Minutes
  • 547Words
  • 9Views

Setiap kali viral posting medical card kena reject, satu sahaja yang kami terfikir;

“Jika perkara ini terjadi kepada klien lain, tidak mustahil berlaku ke atas klien kami. Malah tak mustahil juga berlaku ke atas diri dan keluarga ejen-ejen takaful kami.”

Siapa ingat lagi kes viral bertajuk “POLISI TAKAFUL KENA TERMINATE DI ATAS KATIL WAD KECEMASAN HOSPITAL” ini?

Ini kronologi kisah tersebut dan penamatnya yang happy ending tak macam Squid Game Musim3;

1. Lebih 10 tahun lalu

Pelanggan melanggan polisi takaful dan menyatakan bahawa beliau pernah dimasukkan ke hospital akibat denggi. Maklumat ini diisi dalam borang permohonan dengan sangkaan semuanya berjalan lancar.

2. Beberapa tahun berlalu

Tiada isu sepanjang tempoh tersebut. Beliau terus membayar sumbangan tanpa gagal.

Namun, beliau tidak menyedari bahawa polisi sebenarnya telah digantung disebabkan dakwaan non-disclosure.

3. Ejen asal berhenti

Pelanggan tidak dimaklumkan bahawa ejennya telah berhenti. Tiada komunikasi juga daripada ejen pengganti.

4. Bulan Januari (tahun semasa)

Pelanggan dimasukkan ke hospital akibat Influenza A dan memohon surat jaminan (GL). GL ditolak beberapa kali.

5. Semakan dilakukan

Barulah beliau diberitahu bahawa polisi telah digantung dan kini ditamatkan secara automatik pada hari permohonan GL dibuat.

Beliau tidak menerima sebarang emel, SMS, atau panggilan untuk memaklumkan perkara ini.

6. Pelanggan tampil melawan

Beliau mula menulis di media sosial dan isu ini menjadi viral.

Ramai yang menyokong, termasuk ejen-ejen takaful. Namun ada segelintir ejen yang menyalahkan beliau kerana didakwa tidak declare maklumat penting semasa permohonan dahulu.

7. Syarikat tidak konsisten

Pada awalnya syarikat kata ia berpunca daripada non-disclosure.

Selepas pelanggan tunjuk bukti bahawa beliau pernah declare, syarikat tukar alasan kepada isu permohonan hibah yang sudah dibatalkan.

8. Kes dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM)

Pelanggan susun dokumen, korek semula semua perbualan dengan ejen lama dan hantar aduan rasmi melalui emel ke BNM.

Beliau nyatakan segala hujah, fakta, dan bukti. Aduan juga ditutup dengan tulisan besar dan merah; menunjukkan betapa seriusnya beliau mempertahankan haknya.

9. Selepas hampir 7 bulan

Pihak syarikat akhirnya hubungi beliau dan memaklumkan bahawa mereka sudah bermesyuarat dan memutuskan untuk memenuhi permintaannya.

Baki bayaran yang sebelum ini enggan dipulangkan akhirnya dipulangkan sepenuhnya.

10. Penutup kisah

Pelanggan menang kes ini secara rasmi. Namun beliau kecewa dengan sistem yang disifatkan sebagai tidak telus dan tidak sistematik.

Beliau juga berikrar tidak akan ambil polisi medical card lagi, dan mendoakan agar dirinya sentiasa sihat serta tidak diuji dengan penyakit berat di masa depan.

RUMUSAN daripada kami;

Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya komunikasi dalam takaful.

Punca utama isu ini ialah kegagalan syarikat takaful berkomunikasi dengan jelas dan telus.

Isu komunikasi yang dikenal pasti:

1. Polisi digantung tanpa sebarang notis rasmi.

2. Tiada usaha hubungi pelanggan untuk minta dokumen tambahan.

3. Ejen asal berhenti tanpa pemakluman.

4. Alasan syarikat berubah-ubah.

5. Tiada sistem peringatan atau amaran awal.

Pengajaran:

– Komunikasi adalah tanggungjawab, bukan sekadar formaliti.

– Pelanggan tidak patut dibiarkan tergantung tanpa maklumat.

– Syarikat perlu lebih sistematik dan proaktif.

Pelanggan ini menang kerana beliau berjuang dengan bukti.

Tapi ramai lagi yang mungkin senyap-senyap tidak terbela.

Jadikan kisah ini pengajaran untuk semua pihak dalam industri takaful supaya tambah baik sistem komunikasi.

Dalam masa juga besar harapan agar pihak syarikat tampil memberikan penejalasan supaya kita dapat membuat penilaian adil.

Kami adalah sebuah ejensi takaful, dan mengambil risiko menulis isu ini secara terbuka begini.

Jika ada sesiapa yang ingin sertai kami sebagai pejuang takaful, boleh PM tepi. Sama-sama kita bangunkan industri ini

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Dalam perniagaan (malah juga dalam apa sahaja bidang kehidupan), tidak…