Kisah benar tuan rumah dituduh mencuri elektrik tanpa sedar

  • 2Minutes
  • 340Words
  • 8Views

Seorang sahabat, Sdra Hamka yang juga blogger Kereta Mayat, berkongsi kisah benar yang sangat mengejutkan.

Isterinya memiliki sebuah rumah sewa. Tiba-tiba mereka terima surat dari TNB mendakwa “mencuri elektrik” selama 5 tahun, dengan jumlah tuntutan RM22,762.20.

Rupa-rupanya, salah seorang bekas penyewa pernah usik meter elektrik sejak zaman PKP.

Disebabkan itu, bil bulanan rendah selama bertahun-tahun tanpa mereka sedar.

Lebih malang, TNB hanya maklumkan selepas 5 tahun, dan kini minta mereka bayar dalam tempoh 18 bulan.

Padahal rumah itu disewa orang lain, dan meter terletak di luar. Siapa pun boleh usik, sedangkan mereka tidak tinggal di situ.

Mereka dah buat laporan polis untuk nafikan sebarang penglibatan. Mereka juga sedang runding dengan TNB, tapi tekanan tetap besar.

Penyewa pun masih berhutang lebih RM4,000 dan tak beri sebarang kerjasama.

Allahuakbar. Kesiannya membaca cerita ini di FB beliau.

CADANGAN UNTUK SAHABAT SAYA

1. Teruskan rundingan rasmi dengan TNB, bawa semua bukti seperti laporan polis, perjanjian sewa, dan bayaran terdahulu.

2. Failkan laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) sebagai langkah awal untuk minta semakan dan mungkin pengurangan. Kecuaian TNB membuat pemantauan menyebabkan hal ini terjadi.

3. Dapatkan pandangan peguam, khususnya jika ingin mencabar tanggungjawab bayaran.

4. Failkan tuntutan sivil terhadap penyewa lama, terutama jika ada bukti kerosakan dan manipulasi.

Cuma mungkin ada isu sikit untuk bawa ke TTPM, yang khusus untuk pengguna sebab kes ini rumah itu disewakan. Jadi, mungkin di luar bidang kuasa.

Untuk langkah 3 dan 4 pula akan mengambil kos yang besar juga.

CARA ELAK PERKARA INI BERLAKU LAGI, JUGA UNTUK MANA-MANA PEMILIK RUMAH SEWA

1. Tukar nama meter elektrik dan air kepada nama penyewa setiap kali ada penyewa baharu.

2. Masukkan klausa khas dalam perjanjian sewa mengenai tanggungjawab penuh ke atas utiliti dan sebarang salah guna.

3. Pantau bil bulanan secara berkala, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

4. Lakukan pemeriksaan rumah secara fizikal, termasuk keadaan meter dan pendawaian.

5. Ambil deposit utiliti dan simpan dokumen lengkap semua komunikasi dan transaksi dengan penyewa.

Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua tuan rumah.

Waktu untung, kita syukur.

Waktu rugi, kita sabar dan belajar.

Jangan sampai kita yang tak buat salah, terpaksa tanggung akibat.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
RINGKASAN • Ekonomi MADANI kukuh: KDNK suku pertama 2025 naik…