fbpx

Kisah Kempen “Jom Ke Masjid” vs “Jom Solat”

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 187Words
  • 374Views

Masjid A buat kempen “Jom Ke Masjid” #jomkemasjid

Masjid D, tak puas hati.

Mereka persoalkan, kenapa perlu buat kempen kempen ke masjid? Sepatunya buatlah kempen “jom solat”.

Kata geng Masjid D, keutamaan solat lebih penting daripada keutamaan ke masjid.

Kata Ketua Biro Nikah Kahwin Masjid D, “kalau ke masjid tapi tak solat buat apa?”.

Walhal Masjid A, dalam siri-siri kempennya menegaskan banyak kali bahawa kempen ini adalah kempen untuk mengajak umat Islam yang selalunya solat di rumah untuk bersolat berjemaah di masjid.

Geng Masjid D tetap tak puas hati.

Mereka kata lagi bahawa kempen “Jom Ke Masjid” ialah kempen untuk menyeru umat Islam hanya ke masjid dan tidak balik rumah, tidak perlu bekerja hanya kerana nak duduk di masjid sahaja.

“Ia boleh menjejaskan ekonomi umat Islam. Islam tidak pernah mengasingkan antara dunia dan akhirat. Takkan kita nak nak duduk di masjid 24 jam?” tegas Ketua Biro Nikah Kahwin Masjid D dalam satu sesi ceramahnya.

Lalu Masjid D pun buat kempen “Jom Solat 5 Waktu” #jomsolat5waktu untuk melawan kempen “Jom Ke Masjid” #jomkemasjid

Kes ini berlaku di negara Wakanda.

Berikan pandangan anda.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya jarang menolak ajakan peminat untuk berselfie. Beratur panjang nampaknya.…