Kisah Pemandu Grab Food Yang Berkerusi Roda
Ketika kau rasa bahawa masalah kau paling sukar di dunia.
Ketika kau rasa aircond ofis kau tak sesejuk yang kau mahukan.
Ketika kau rasa komputer atau laptop kau lembab nak mampus.
Apabila kau rasa malas nak bergerak ke kedai yang berdekatan kerana cuaca terlalu panas.
Aku membuat pesanan minuman Buble Tea I-Tea untuk isteri aku melalui perkhidmatan Grab Food Sg. Tempahan itu diambil oleh pemandu Grab Food berdekatan Tempinis untuk dihantar ke apartment aku di Bedok Resirvoir.
Aku jangkakan, kalau guna kereta, ia mengambil masa sekitar 10-12 minit, basikal 15-20 minit, jika e-skuter mungkin kira-kita 12-15 minit.
Tetapi selepas 30 minit, ia masih tidak kunjung tiba dan aku mula hilang sabar. Aku memantau pergerakan pemandu Grab Food melalui aplikasi telefon dan dapati ia jauh daripada apa yang jangkaan awalku. Aku tertanya-tanya, pemandu Grab Food pakai kenderaan apa, sebab terlalu perlahan pergerakannya?
Akhirnya, melalui applikasi GPS telefon, aku mendapati ikon pemandu Grab Food itu tiba ke kawasan kediamanku. Tapi aku masih gelisah apabila mendapati dia terlepas pintu masuk kenderaan dan memasuki melalui pintu pejalan kaki.
Aku terus menuju ke tingkat dan melihat sesuatu yang mengejutkan di bawah sana.
Aku melihat seorang pemandu Grab Food yang berkerusi roda bermotor, bergerak semakin dekat menghampiri blok kami 😥
Hatiku kuat mengatakan itulah pemandu Grab Food yang membuat penghantaran kepadaku hari ini, lalu aku bergegas turun mencarinya.
Aku menuju kepadanya sebaik sahaja dia tiba di lobi lif dan hatiku sebak. Saya berbasa-basi dengannya dan bertanyakan benarkan dia datang ke sini dari Tempinis? Dia mengangguk mengiakan pertanyaanku.
Aku berasa sebak. Aku agak beremosi dan ditenangkan oleh Sharlien yang berada di sebelahku.
Selepas membuat pengesahan pembayaran melalui GrabPay, aku keluarkan semua wang di dalam dompetku untuk serahkan kepadanya. Aku masih dalam keadaan terkejut dan kehilangan kata-kata.
Ia menjadi saat yang sangat bermakna dan memberiku pengajaran besar untuk aku dan Sharlein dalam perjalan ke sekolah.
Masya-Allah! Beliau menunjukkan kesungguhan untuk mengatasi cabaran yang dihadapinya. Semoga Allah memberinya kekuatan, harapan dan rezeki dan terus menjadi inspirasi kepada orang lain yang sempurna tubuh badan seperti kau dan aku.
Terima kasih Sumaiyah!
Cerita asal oleh Shahril Jantan, seorang warga Singapura dalam bahasa Inggeris di FB beliau https://www.facebook.com/589685731/posts/10156134390110732
Diterjemahkan secara bebas oleh Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran