fbpx

Kisah Penapis Air

  • 4 years ago
  • 9Minutes
  • 1593Words
  • 767Views

Sentap betul artikel ni.

Kebetulan pula saya baru je order penapis air untuk rumah di kampung. Ptg ni datang pasang.

Tapi tak buat payment lagi. Huhu

Dari FB Hamka Mekar  

Penapis air, korang Mazhab mana?
Alkisahnya, sekarang ada isu kompeni penapis air yang harga ribu ribu tapi tak datang service walaupun dah boleh bekerja sebab PKPB
Ramai share keluhan pengguna penapis air yang call kompeni tu tapi tak jawab dan komen dekat FB mereka tapi gigih mereka delete.
Itu jenis servis setiap bulan, Ada jenis penapis air yang tiap tahun kena servis dan sekali servis cas RM500. Harga penapis tu pulak RM3000 dan beli secara hutang bayar ansuran, Perghhhh. Mahalnya.
Pelik jugak kenapa harga penapis air ni sangat mahal, sebab dipromosikan oleh artis korea ke?
Kisah lain bab penapis air ni, ada kawan siap buat pinjaman peribadi beli 10 bijik penapis air harga puluh ribu ribu dan tersadai sebab tak laku tapi hutang kena bayar, pendek kata macam macamlah rungutan yang saya dengar masalah tentang penapis air dari pelbagai mazhab.
Jadi hari ni saya nak berterus terang sebab korang ada yang tanya, jenis penapis air yang macam mana cik Hamka pakai? Sungguh mazhab penapis air saya sangat berbeza dari semua pembeli penapis air di kejiranan saya sebab saya guna penapis air tak sampai rm100 dan bila filter kotor saya tukar sendiri kos dalam Rm5. (rujuk gambar)
Secara praktikalnya, Saya rasa seronok nampak filter bertukar hitam bermakna penapis tu bekerja dengan baik, sayapun tukar dengan penapis baru yang harganya RM20 empat batang, dan saya guna hanya dua batang.
Air tapisan tu pulak saya masak hingga mendidih pada suhu 100 darjah celcius sebab kuman akan mati pada suhu itu. Lepas tu baru saya bagi keluarga saya minum sejak awal kahwin hinggalah anak dah besar panjang.
Jadi beginilah mazhab penapis air saya, jimat ribu ribu dan duit beli penapis air tu dalam RM3000 saya simpan dalam tabung haji sebab dengar cerita pergi haji dapat minum air zam zam free-Woha!
Saya tulis ni sebab ada ramai suami isteri muda baru kahwin duit tak ada, tapi sanggup beli penapis air beribu ribu siap berhutang, bayar bulanan, dan bila service harganya macam servis kereta, aduh..
Ini pun termasuk dalam masalah neraka wang kerana kita tak mampu tapi kerana nak sangat bergaya, sanggup beli kereta mahal, penapis air paling canggih (dan sangat mahal), telefon baru paling canggih (juga sangat mahal) dan macam macam lagi kita beli hingga sanggup guna kad kredit yang faedahnya sangat tinggi.
Tapi itulah, kadang kita mudah termakan dengan pujukan orang jual penapis air konon air yang dibekalkan oleh kerajan Malaysia ni tersangat kotor dan hanya penapis air jenamanya sahaja yang mampu mensucikan air itu bersama pekej kesihatan kerana penapisnya ada PH yang boleh rawat bermacam macam penyakit konon. Aduh..
Padahal guna penapis biasa, masak air tu, dah selamat diminum insyaAllah,
Apa? Malas masak air?, nak mesin yang terus keluar air panas?
Air panas tu mendidih 100 darjah celcius tak? Tahu tak Kuman mati bila air mendidih?, dan bab malas masak air, kita bukan guna dapur kayu, zaman sekarang masak pakai cerek air elektrik tak sampai 3 minit dah masak, rumah saya tak ada thermos tempat simpan air panas, sebab bila nak air panas, saya akan terus masak, dah jimat jugak wang sebab tak beli Thermos.
Satu lagi saya nak kongsi, saya pengemar air mineral, sebab air masak, atau mana mana air berpenapis yang saya minum, rasanya tak sesedap air mineral yang jual kat kedai bertudung biru tu. Jika nak minum air bancuhan., saya masak air dari penapis. Tapi jika nak minum kosong saya suka minum air meniral semula jadi yang harganya RM1 sebotol 1.5 liter, dah jadi tabiat, saya jika pergi pasar raya, saya akan beli dua kotak dengan kos dalam RM22. Boleh bertahan sebulan (sambil diselangi air masak) dan minum air tu sangat sedap rasanya.
Eh? Tak rugi ke beli air mineral Rm22 sebulan? Ok, katakanlah saya spend RM30 beli air mineral, sehari sebotol, setahun baru RM330, jauh lebih murah dari kos servis penapis air yang RM500, dan paling penting, saya dapat AIR DALAM BOTOL BESAR sebanya 365 Botol! , Botol tu saya boleh bawa ke mana-mana, Nak daki gunung ke, nak berjogging ke, nak melancong ke, atau musim PKP ni, sambil bersenam depan TV sambil minum air mineral semula jadi, perghhhh, nikmatnya hidup.
Jadi itulah mazhab penapis air saya, dan saya berharap Kerajaan Malaysia akan datang dapat sediakan kualiti air macam Negara maju yang boleh minum terus dari kepala paip. Sebab makin banyak kita guna pelbagai jenis penapis, makin hilang zat galian dalam air sebenarnya.
Akhir kata, memang ada juga berpuluh puluh kali cubaan penjual penapis air nak suruh saya tukar dari penapis murah sedia ada kepada penapis ribu ribu siap ada PH untuk setiap penyakit, tapi saya ada fakta dan alasan tersendiri dan kebanyakkan penjual penapis air ni akan insaf bila berdialog dengan saya. Apa tak insafnya, saya cakap duit RM3000 saya simpat kat Tabung Haji sebab nak minum air zam zam free!
Maka pesan saya dalam berbelanja, jangan ikut nasihat penjual sebab dia memang nak habiskan produk dia sahaja, tapi ikutlah kemampuan kita, macam bila sakit jumpa doctor, bukan semua ubat doctor suruh makan, hanya ubat yang perlu sahaja, tapi jika sakit kita jumpa penjual MLM, habis semua produk dia suruh beli siap dengan gelang magnet, jaket aura, penapis PH, bantal herba, pil ajaib, dan macam macam lah dengan harga tak masuk akal! Aduh!
Eh? Sedang asyik saya menulis, tiba tiba teringat kenangan bersama penjual penapis air sebelum PKP hari tu.
“Assalamulaikum” suara dari luar pintu.
Lalu terpanculah wajah sorang lelaki yang berpekaian kemas di depan pintu rumah saya, rambutnya tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang misai dan janggut, lengkap dengan tali leher bersama kilauan kasut yang memancar mancar.
“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ini sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, penapis air penyembuh semua penyakit, tak lama bang, 15 minit sahaja, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”
Beberapa rangkap perbualan kemudian, sebelum dia menghabiskan kata kata, saya sebagai seorang yang skema dan menghafal rukun negara, menolak demo itu dengan cara yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.
Tapi dia tetap mahu buat demo dengan sungguh sungguh kerana rumah abang sudah terpilih katanya, tak lama bang 15 minit sahaja katanya lagi. Puas saya bagitahu bahawa saya tak berminat, tak mahu, tak mboh, tok sir, tapi dia begitu beria-ria menghina kebijaksanaan saya, maka terpaksalah saya menggunakan agama sebagai senjata utama untuk menghalau penjual yang ada unsur paksa dalam jualan produk entah apa-apa.
“Apa pandapat kamu tentang mati?”
Tanya saya dengan kuat, dan dia terus terdiam dan agak terkejut. Lantas saya kembali mesra dengan menggosok bahunya dan mula berceramah ugama.
“Semua orang akan jadi mayat..”
Saya lihat wajah dia sudah berubah, tapi saya gigih teruskan kata kata..
“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya, kalau kita miskin kita akan jadi mayat orang miskin, kalau kita menipu, kita akan jadi mayat penipu, mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah kita!”
Saya lihat dia murung, saya teruskan bercerita tentang azab kubur, tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi. Saya juga memberi takzirah akan pentingnya solat jemaah di masjid bagi lelaki beserta fadhilat solat tahajjud. Segala ayat Al quran yang saya hafal makna, dan hadis hadis yang saya hafal perawinya, saya cerita pada si penjual penapis air itu.
Belum sempat 3 hadis Nabi di ceritakan oleh saya, kelihatan dia mahu berundur diri, saya pegang tangan dia dan terus berceramah. Saya bagi akan pentingnya ummat islam berdakwah, dan bagaimana mahu jadi pendakwah cara Nabi Muhammad SAW.
Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok telefon dengan muka sedih. Saya tak peduli, saya cerita pula tentang lapisan isi neraka serta azab neraka.
“Errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit sahaja, nanti bos saya marah”
Dia beralasan dengan gelabah, tapi jawab saya:
“Eh apa pulak? Bukankah rumah saya telah terpilih?, marilah kita solat magrib sama sama, lepas tu kita sambung, ada banyak lagi saya mahu cerita”
“tapi bang.., saya.., saya…”
Pendek cerita, dah habis muzakarah enam sifat sahabat, akhirnya saya ‘lepaskan’ dia pergi.., Bini saya yang mengintai dari balik langsir gelak besar bila tengok hamba Allah tu jalan laju laju tak toleh belakang langsung.
Woha!
Moral of the story: Hafal hadis banyak banyak dan gunakan ianya sebagai pendinding ketika bertemu penjual kebesaran dunia yang mengarut dan tak masuk akal, dan dari hadis yang kita hafal tadi, olahkan supaya kita dapat belajar bercakap tentang kebesaran Allah kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab agama’ yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab agama, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah! Sila take note, ini sangat deep!
Ps: Nak jual penapis air tak salah asal jangan menipu dalam bab servis atau harga terlalu mahal, juga jangan paksa orang tak mampu beli suruh berhutang bagai, kesian pasangan baru kahwin naik motor sahaja tapi dah berhutang sebab nak pakai penapis air harga ribu ribu.
Ps: Korang pulak, Nak membeli apapun kena ada ilmu kewangan yang betul, ni saya membebel tak bagi solusi tak betul jugak. Maka saya cadang belilah ebook dan video dari pakar kawangan kita Tuan Afyan Mat Rawi dan bagaimana jika saya cakap modal nak belajar tak sampai pun seratus ringgit, rezeki korang sebab ada pakar kewangan dah tulis panduan nak uruskan wang dengan sangat baik, saya sendiri beli ebook tu baca dan suruh anak anak baca agar mereka semua tak buat kesilapan neraka wang!
Baik korang klik, baca, dan bersetuju di hujung ebook, Woha!

Sumber dari Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
14 Mei 2020. Hari ini hari gaji kakitangan awam. Seronok…