Kisah Rajesh, Usahawan Dobi Dari India Ini Muhasabah Untuk Saya Sebagai Bisnesman Muslim
Ini kenalan saya, Mr Rajesh. Seorang India dari Tanah Besar India. Beliau ialah seorang non-Muslim. Cakap Melayu pun tak berapa fasih.
Belia mengushakan kedai dobi tak jauh dari rumah saya sebelum ini. Sekarang saya dah pindah ke kawasan perumahan lain. Tapi sesekali singgah ke sini. Kenapa? Meh saya kongsikan.
Sudah lama saya ingin menulis perkara ini, tambah-tambah ketika kempen BMF ini sedang hangat.
Tulisan ini sebagai muhasabah untuk diri saya sendiri, yang juga seorang bisnesman, Melayu dan Muslim.
Jarak rumah saya dengan kedai dobi beliau hanya sepelaung. Jalan kaki, tak sampai 10 minit dah sampai. Saya tinggal di sini pada tahun 2009 dan hanya menjadi pelanggan kedai dobi ini selepas 4-5 tahun bermastautin di sini.
Sebelum menjadi pelanggan kedai dobi ini, saya pernah menjadi pelanggan kepada 3 kedai dobi lain berdekatan dengan rumah dan berdekatan dengan pejabat.
Ketiga-tiga kedai dobi sebelum ini, saya cuba satu demi satu sehingga akhir sekali saya mencuba dengan kedai dobi milik non-Muslim dari Tanah Besar India ini.
ULANGAN: Tulisan ini sebagai muhasabah untuk diri saya sendiri, yang juga seorang bisnesman, Melayu dan Muslim.
Saya menggunakan perkhidmatan dobi untuk urusan menggosok baju / iron. Untuk makluman, saya berkeluarga dengan 5 orang anak dan isteri berkerjaya, tidak mengambil pembantu rumah. Jadi saya sangat berkehendak kepada perkhidmatan sebegini.
Jangan cakap saya tak tolong isteri di rumah. Saya dah tolong basuh baju, jemur baju dan angkat baju. Tapi guna mesin lah. Basuh guna mesin basuh. “Jemur” guna mesin dryer dan angkat baju masuk dalam bakul. Cuma bab “iron” baju ini lemah sikit. Kalaulah ada “mesin” untuk Iron baju. Letak, tinggalkan dan siap, kan bagus?
Kembali kepada kisah saya. Selama bertahun-tahun saya guna perkhidmatan dobi yang diusahakan oleh rakan-rakan Muslim, tapi maaf saya katakan, ia mengecewakan.
- Ada yang janji siap sehari, 2 hari baru siap.
- Ada yang janji siap 2 hari, 3 hari baru siap.
- Ada yang letak sign board waktu operasi bermula jam 9 pagi, tapi pukul 10 baru buka.
- Ada yang saya tunggu pukul 10 pagi untuk hantar baju, pukul 10:30 pagi masih tak buka.
- Selalu beri alasan “pekerja cuti”.
- Selalu juga beri alasan “baju banyak hari ni, bang”.
- Ada juga kes, rupa-rupanya tauke dah bertukar. Itu pun sebab terserempak dekat luar.
Sebelum kempen BMF lagi, saya akan utamakan kedai dobi usahawan Muslim. Tapi selepas berurusan dengan 3 premis yang dimiliki oleh usahawan Muslim dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan, saya mencuba untuk hantar ke sini.
Untuk makluman, kedai dobi ini paling dekat dengan rumah berbanding kedai-kedai dobi lain yang pernah saya jadi pelanggan. 2 daripada 3 itu, sudah ditutup. Mungkin faktor kekurangan pelanggan.
Suka saya ceritakan pengalaman dengan kedai dobi ini.
ULANGAN: Tulisan ini sebagai muhasabah untuk diri saya sendiri, yang juga seorang bisnesman, Melayu dan Muslim.
- Buka setiap hari tanpa cuti kecuali sehari Deepavali dan sehari Thaipusam. Bermakna setahun ia dibuka sebanyak 363 hari!
- Buka pukul 7 pagi dan tutup jam 10 malam. Bermakan setiap hari ia beroperasi selama 15 jam sehari tanpa waktu rehat.
- Kalau hantar hari ini, esok confirm siap.
- Kalau hantar pagi dan minta untuk siapkan petang, memang petang itu boleh siap.
- Tauke, Mr Rajesh ini akan pastikan dirinya yang ambil baju dari pintu kereta saya ketika hantar dan hantar baju yang sudah siap gosok ke pintu kereta saya ketika ambil baju.
- Pernah sekali dia cuti selama 3 bulan sempena Deepavali apabila balik India, tapi kedai beroperasi macam biasa dikendalikan oleh anak buahnya.
Atas alasan-alasan ini, sekalipun saya sudah pindah rumah dan memiliki set sterika wap Phillips, tapi masih menggunakan perkhidmatan kedai dobi ini.
Jangan tanya saya di mana kedai ini, dan memang sengaja saya tutup alamat kedai ini kerana saya tidak mahu mempromosi kedai tersebut dan tulisan ini adalah untuk tujuan muhasabah bersama.
Jika ada rakan-rakan Muslim yang mampu memberikan servis sebaik ini, boleh kongsi-kongsikan di ruang komen.
Tulisan ini bukan untuk mengutuk, menghina apatah lagi memburuk-burukkan usahawan Melayu Muslim, tapi sebagai muhasabah bersama. Saya pun seorang usahawan, seorang Melayu dan seorang Muslim. Ia muhasabah untuk kita bersama terutama pemilik tangan yang menaip tulisan ini yang baru hantar baju ke kedai dobi ini, petang nanti siap.
Saya tulis ini pun fikir 10 kali. Silap tulis nanti kena tuduh RBA, Mahacai, Pandap dan sebagainya. Tulisan ini juga bukti bahawa kempen BMF bukan kempen boikot. Kalau boikot, saya rela pakai baju berkedut, daripada hantar kedai non-Muslim untuk gosok baju.
Afyan Mat Rawi,
Suami Mithali yang rajin basuh baju guna mesin basuh dan “jemur” baju guna mesin dryer tapi tak berapa rajin untuk jadi Ironman
Baca sampai habis? Minta tolong sikit boleh?
- Follow dan klik see FB.com/afyan.ikhlas ini first jika belum
- Klik share posting ini
- Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Telegram t.me/AfyanIFP
YouTube.com/c/AfyanIFP
Instagram.com/Afyan.IFP
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran