Kisah Seorang BIG E Tanpa Ijazah

Cerita ini saya ambil daripada akhbar Utusan Malaysia, lebih 3 tahun yang lalu dan masih berada di dalam simpanan saya sehingga kini. Ia di dalam ruangan surat pembaca bertarikh 20 Mei 2004. Untuk membaca dengan lebih jelas, boleh layari utusan-online.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Di membahasakan dirinya sebagai ‘Abang’ di dalam tulisannya. Antara pengalaman BIG E ini;

keratan-akhbar-1_anak-yatim.jpg

  • Beliau seorang anak yatim piatu pada usia 19 tahun, dan hanya berkelulusan SPM gred 3.
  • Pada ketika itu, tahun 80, gred 3 masih laku utnuk mendapat jawatan seperti posmen, pembantu makmal atau memasiku maktab, namun beliau tidak berpeluang mendapatkannya.

keratan-akhbar-1_jual-aiskrim.jpg

  • Kerjaya BIG E pertama beliau adalah sebagai penjaja aiskrim.

keratan-akhbar-1_jual-pakaian.jpg

  • Kerjaya BIG E kedua pula adalah berniaga pakaian di pasar malam.
  • Kenderaan pertama beliau adalah motosiakal buruk, kemudian kereta dan kemudian van. Kesemuanya dibeli untuk memudahkan urusan perniagaannya. (Ia adalah aset, bak kata pakdi)
  • Dalam masa sama sebagai peniaga pasar malam, beliau menjadi ’supplier’ kelapa kepada kedai-kedai runcit.
  • Hasil daripada usahanya sebagai peniaga pasar malam dan ”supplier” kelapa, beliau membeli tanah, demi BIG E.

Kini, pendapatan bulanan BIG E tanpa ijazah tersebut adalah melalui;

Menjual kelapa; 3000 biji kelapa x RM 0.20 x 30 hari = RM 18,000.00
Menjual kelapa sawit = RM 10,000.00 hingga RM 12,000.00
Menjual pakaian = RM 6,000.00 hingga 8,000.00.

Perbelanjaan menguruskan perniagaannya adalah sekitar RM 10,000.00.

Maka, pendapatan bulanan BIG E ini adalah kira-kira RM 24,000.00 hingga RM 28,000.00 melalui 3 saluran paip pendapatannya!

Amacam graduan muda, berani?

(Entri akan datang; Kisah Seorang BIG E Berijazah)

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com