Kisah Viral di Bulan Puasa
Sepanjang bulan puasa ni banyak betul cerita-cerita yang viral kemudian ia jadi plot twist.
Abang Burger
1. Cerita Abang Burger yang berniaga kecil-kecilan depan rumah kena saman RM50K tapi rupanya itu kesalahan beberapa kali yang mendatangkan masalah kepada jiran tetangga dan sebenarnya Abang Burger itu bukanlah orang susah. Kemudian twsit pagi cerita bahawa aduan jiran tersebut palsu dan Abang Burger itu memang peniaga kecil. Dua tiga kali plot twist.
3 ibu tunggal dapat bantuan gereja
2. Cerita 3 ibu tunggal dihina pusat zakat lalu terpaksa mendapat bantuan daripada gereja selama 9 tahun, tapi rupa-rupanya mereka memang asnaf zakat yang sudah menerima bantuan zakat berpuluh-puluh ribu selama ini.
Warga Emas ‘Dibuang’ Anak,
3. Kisah seorang wanita tua yang dibuang oleh anak menantu, kemduain menanti dakwa bahawa rupa-rupanya dia yang selama ini membuang anak-anaknya sendiri. Lepas tu twist lagi, apabila cucu pula menafikan cerita tersebut. Berapa banyak plot twist daa…
Maaf Rentas negeri tidak dibenarkan
4. Awal-awal hari tu kata boleh balik beraya, tapi tup-tup tak boleh rentas daerah dan rentas negeri. Ini plot twist paling sedih dan mengharukan.
Ada lagi cerita lain?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran