fbpx

Kita berMESRA……

  • 15 years ago
  • 6Minutes
  • 1050Words
  • 773Views

Lupakan sebentar soal takaful, lupakan sebentar soal kerenah pelanggan, lupakan sebentar soal prospek…

Kita berMESRA……

Sekali lagi MESRA 2009 berjaya berlansung dalam 1001 kekangan masa dan tenaga.

Semangat kali ini rasanya berkali ganda berbanding lepas lantaran ini pengalaman kali kedua dibuat dengan bermalam, bermula tahun lalu. Rujuk entri MESRA tahun lalu di: https://afyan.com/?p=162

Beberapa bulan sebelum program, saya bertungkus lumus menghubungi sahabat handai yang sama belajar di UIA dahulu, dengan segala macam teknologi komunikasi terkini melalui SMS, emel, facebook, yahoogroup, dan sebagainya.

Hari Pertama, 27 jun 2009, 6.00 Petang

MB Negeri Sembilan menyambut kehadiran kami….

Sayup-sayup bangunan Glory Beach Resort bagai melambai-lambai

Memang rugi siapa yang tak join!


Tiba kira-kira 3 petang di Glory Beach Resort, Port Dickson, menjadikan saya dan seorang lagi teman sebagai peserta pertama mendaftar di MESRA 2009.

Oh, MESRA adalah nama manja bagi program tahunan iPRISMA iaitu ”Mass Gathering Reunion and AGM iPRISMA”.

Sesi petang bermula dengan sesi suai kenal, kira-kira jam 6.00 petang, dengan kehadiran kira-kira 30 orang dan masih ada lagi yang belum tiba. Majlis suai kenal petang itu berlansung dengan angin tiupan sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai Port Dickson.

Sesi taaruf… rata-rata telah membesar dari segi umur, angka, …. dan saiz

Kiranya ia berlansung dalam suasana muhibbah dengan menghimpunkan peserta-peserta dengan selang waktu daripada pelbagai generasi daripada yang paling tua yang graduate berkurun lamanya sehingga yang paling muda graduate beberapa minggu lalu.

Hari Pertama, 27 jun 2009, 9.00 Malam
Di sebelah malamnya adalah acara Mesyuarat Agung Tahunan / AGM iPRISMA kali ke 5.

Ia agenda utama MESRA diadakan serentak dengan AGM.

Dengan jumlah kehadiran kira-kira 40 orang lebih, agak merosot berbanding tahun lalu, AGM tetap berjalan sempurna selepas dirasmikan YB Taufeek Abdul Ghani.

Perkembangan terkini iPRISMA dibahaskan oleh para perwakilan daripada pelbagai generasi tidak lain tidak bukan untuk membangun dan memantopkan iPRISMA.

Ucapan Tuan Presiden

Sebahagian hadirin yang hadir

Ucapan Perasmian Oleh YB Taufeek Abdul Ghani

Sesi Mesyuarat Agung Berlansung

Secara rasmi, angka kehadiran adalah sebanyak 43 orang kehadiran, dengan lebih separuh sudah datang bekeluarga, dan kira-kira 16 peserta bujang.

Oh, tidak ketinggalan juga seorang peserta “bapa tunggal” 🙂 Yang datang bersama anaknya.

Hari Keuda, 28 jun 2009, 9.00 Pagi
Acara yang ditunggu-tunggu telah tiba!

Aktiviti Pemanas Badan Yang Tidak Termasuk Di Dalam Tentatif

Sukaneka menjadi acara yang dinanti-nanti sebagai medan melepas geram dan menonjolkan bakat-bakat terpendam!

Ia bermula dengan acara untuk kanak-kanak; acara cari gula-gula dalam tepung.

Uhhh… bermacam-macam gelagat dapat dilihat!

Alahai… anak siapalah itu??? Eh, anak aku!!

Ni si ayah yang tolong!! Pengadil tak nampak!

Huh…tak padan dengan kecik!

Kali ini beberapa format ditukar dengan penyertaan secara berkumpulan tanpa dibahagi kepada kategori sebagaimana tahun lalu.

Tiga kumpulan dibentuk. Kumpulan pertama adalah kumpulan ”Single Senang” yang mewakili teruna-teruna gersang lagi suci . Namun ada juga beberapa orang suami yang terpaksa mengaku bujang menyertai kumpulan ini selepas isteri-isteri mereka tidak menyertai acara sukaneka.

Kumpulan Single Senang…. Ada seorang dua yang bujang 3 di situ!

Kedua adalah kumpulan ”Wonder Girls” mewakili peserta anak-anak dara dan kumpulan ketiga; kumpulan ”Wonder-Team” yang mewakili para pasangan yang sudah berumah tangga.

The Wonder Girls….

Memperkenalkan…. Wonder Team!

Persaingan sengit berlansung di kesemua acara.

Yang ketara adalah persaingan di antara kumpulan Wonder-Tem dengan slogan ”Apa yang Penting? Kerjasama! Apa yang sama? Kerjapenting!” dengan kumpulan ”Single Senang” a.k.a Teruna Gersang.

Ketua Kumpulan Wonder-Team diketuai oelh Tuan Presiden Ustaz Md Noor berentap dengan Sdra Najmuni daripada kumpulan Single Senang. Kedua-dua watu batch, graduate semenjak 2003/2004, tetapi seorang sudah hampir 4 orang anak manakala seorang lagi masih gersang teruna suci … ohh…

Sdra Razak, pengerusi tetap mesyuarat tahun lalu , yang mengepalai teruna suci MESRA tahun lalu, tidak hadir kali ini. Jika tidak, kombinasi Razak – Najmuni tentu memberi saingan berbeza!

Ketiga-tiga pasukan sedia berentap di dalam acara berprestij ini.

Pasangan romantis?

Anak dara siapalah ni!?

Lagi pasangan romantis!

Ni pasangan yang sah di sisi syariat.

Mak aiii… kesian bola tu dikerjakan

Acara tutup mata la pulak

Si buta diimport dari Kepulauan Borneo

Seorang mengadap timur, seorang lagi menghadap barat.

Ish…confuse ni…
Hoho… dah habis pun!
Kumpulan teruna suci melaungkan sorakan “Single Senang”…. Ketika menyebut perkatan “sing”, jari telunjuk mereka dipusing-pusing di atas kepala! Simbol Singh!

Mereka ketawa sakan, tanpa menyedari pasukan suami mithali sedang mengatur strategi menewaskan mereka selepas itu…

Di dalam tiga game sukaneka, Kumpulan Single Senang memenangi dua acara dan satu acara dimenangi oleh Kumpulan Wonder-Team.

Acara kemuncak adalah acara tarik tali.

Kali ini pertembungan maha dahsyat di antara para suami menentang para pemuda suci.

Kumpulan suami-suami mithali ini menukar strategi bagi menentang pasukan bujang dengan menukar slogan kumpulan kepada slogan baru, iaitu ”Kahwin…. Best!!!”.

“Kahwiiiiiiiiiiiiiiiin ………..

….. Beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeest!!!!!!!’

Pasukan Single Senang terpinga-pinga mendengar laungan “Kahwin Best”. Minda mereka blank seketika menyelami maksud di sebalik laungan power tersebut.

“Hehehe…” Tuan Presiden hanya tersenyum memulakan acara tarik tali yang bakal menyaksikan kegemilangan pasukan suami mithali

Masih terpinga-pinga…
Terus terpinga-pinga lagi!!!

Ternyata strategi ini berjaya memberikan serangan psikologi kepada pasukan lawan yang kesemuanya daripada kalangan orang bujang lagi suci tersebut. Pasukan bujang tersebut menyerlahkan kegersangan mereka apabila dengan mudah ditewaskan oleh pasukan suami dengan slogan ”Kahwin Best!”.

“Tariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Dengan selamba je….

“Lepas ni kena minum Kopi Radix, tambah power!”

Yesssss….. Kahwiiiiiiiin Beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeest!!! Ternyata strategi menukar slogan membuahkan hasil

Tersungkur….. ketua pasukan Single Best nampak tidak puas hati.

Ternyata tidak cukup sekali, pasukan bujang ingin menebus kekecewaan mereka dengan mencabar pasukan suami untuk memberi tentangan kedua.

Menukar posisi. Kedua-dua pasukan bertukar posisi mendapatkan kedudukan yang baru.

Bersungguh-sungguh nampaknya mereka kali ini.

Jika tadi, dia berada di posisi ketiga, kali ini ketua pasukan Single Senang sendiri yang berada di hadapan untuk berhadapan dengan Tuan Presiden yang mengetuai pasukan suami mithali

Jelas kesedihan terpancar sejurus selepas ketewasan yang tidak diduga. Nampaknya tenaga orang bujang belum cukup ampuh menandingi orang-orang berkahwin…. Cuba lagi tahun hadapan. Jangan lupa cari makjun dan kopi radix 🙂

Tetapi malangnya sorakan ”Kahwin Best!” melemahkan semangat mereka lantas terkulai di pesisiran pantai Port Dickson mengenangkan nasib mereka yang tersungkur tewas.

Kekalahan tersebut berjangkit lagi ke perlawanan seterusnya iaitu permainan bola tampar.

Acara menara manusia mengakhiri persengketaan antra kumpulan bujang vs kumpulan kahwin.

Apa yang penting? Kerjasama!! Apa yang sama? Kerja penting!!

MESRA yang berlalu..

Alhamdulillah, kemeriahan MESRA kali ini tidak sedikit pun luntur sekalipun kehadiran peserta yang kurang berbanding tahun lalu.

Jelas terpancar kepuasan pada wajah para peserta MESRA, termasuk pasukan bujang yang tewas di tangan pasukan suami.

Insya-allah pada masa-masa hadapan kita akan bertemu lagi di MESRA-MESRA yang akan datang!

Baca juga liputan program yang sama: http://ummuizzuddeen.blogspot.com/2009/06/ukhuwwah-kembali-bertaut.html

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seorang teman menghubungi saya untuk mendapatkan pendangan tentang perancangannya untuk…