fbpx

Kontroversi filem Mentega Kacang: Mengapa bantahan muncul pada tahun 2023

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 385Words
  • 199Views

Screenshot nama peguam Mentega Kacang pun ada yang triggered. Walhal, saya tak tulis apa pun.

Kemudian hanya berani argue pakai akaun fake. Hujah paling ampuh, dikatakan filem tu sejak tahun 2021 lagi, kenapa tak bantah? Lepas tu ada pula yang spam komen.

Dah kalau 2021 masyarakat Islam tak tahu, macamana nak bantah? Tahun 2023 baru tahu, so tahun 2023 baru bantah la.

Bantahan perkara mungkar macam ni, bukan kira baru atau lama. Dan paling pelik, apabila orang Islam tanga bantah, orang Islam juga sibuk nak back up dan sindir.

Masa tahun 2021 tak ramai masyarakat yang tahu, jadi tak ramai yang aware untuk buat bantahan. Tahun 2021 hanya berlegar di kalangan mereka yang tidak kisah dengan normalisasi murtad terutama oleh penyokong-penyokong filem indie sahaja, maka tak ada la bantahan.

Saya yakin, jika tahun 2021 ramai masyarakat Islam yang sensitif terhadap unsur liberal sebegini tahu perkara ini,, pasti ramai yang akan bantah.

Menjaga sensitiviti terhadap Islam daripada golongan liberalism ini bukan kira tahun berapa.

Paling pelik, semua benda nak kaitkan dengan politik walhal ini isu akidah.

Dan bantahan ini pertama kali diutarakan oleh Tuan Zabidi Mohamed, yang bukan pun tokoh politik. Sekarang beliau disaman oleh penerbit filem Mentega Kacang itu dan saya bersoladiriti bersama beliau.

Filem itu pun sudah diminta oleh SKMM untuk ditarik balik siarannya di platform online. Bermakna, kerajaan pun sensitif berkenaan isu ini.

Jadi, apa masalah dengan bantahan yang dibuat?

Jika taknak sokong Tuan Zabidi, tak perlu tunjukkan back up terhadap gerakan liberal yang mengnormalisasi murtad.

Sama la macam filem-filem lain sebelum ini, tak ramai orang tahu maka tak ada bantahan. Apabila ia disedari oleh masyarakat Islam, maka akan baru timbul suara dan bantahan.

Contohnya sebelum ini filem Thor, daripada awal ia muncul dan diketahui umum ada unsur yang sensitif terhadap Islam maka timbul bantahan. Tidak kira tahun berapa ia dikeluarkan.

Sama macam filem Pulau, masa pembikinan dan ditapis oleh LPF, masyarakat tak sedar kewujudan filem itu maka tak timbul bantahan.

Bantahan mula muncul apabila trailer ditayangkan dengan banyak adegan menjolok mata. Saya yakin, jika trailer ditayangkan pada tahun 2022 atau 2021, ia akan dibantah sama seperti hari ini.

Kadang hairan juga dengan golongan sebegini. Walhal isu yang berkaitan murtad dan liberal ini bukan isu politik pun. Ia isu agama dan akidah. Tapi ramai juga orang Islam yang tak puas hati apabila ada bantahan sebegini.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended