Kurela Dibenci
Kenapa #nerakawang?
Kenapa tidak #syurgawang?
Bukankah lebih baik mengajak orang ke syurga berbanding menyeru neraka?
Al-Jawab;
Sudah ramai ejen / salesman cerita tentang #syurgawang a.k.a perkara-perkara baik dalam kewangan.
– Jika jumpa ejen kad kredit, dia akan cerita tentang kelebihan kad kredit. Kelebihan kad kredit ialah kita dapat menggunakan
– Jika jumpa pegawai bank, dia akan cerita kelebihan buat loan dan lain lain. Kelebihannya ialah untuk memudahkan kita membeli rumah atau kereta.
– Jika jumpa salesman kereta, dia akan cerita tentang kelebihan memiliki kereta. Kereta dapat digunakan utk memudahkan kita bergerak.
– Jika jumpa ejen takaful, dia akan cerita kelebihan takaful. Takaful pula untuk perlindungan kewangan menghadapi musibah.
– Jika jumpa ejen unit trust, dia akan cerita kelebihan unit trust. Unit trust adalah untuk pelaburan jangka masa panjang
– Jika jumpa ejen ASB Loan, dia akan cerita kelebihan ASB Loan. Kelebihan ASB Loan dapat memaksimumkan pulangan ASB dan force saving.
Semua ini ialah #syurgakewangan
Tiada masalah. Boleh teruskan, jika anda sukainya. Boleh follow mereka yang selalu kongsikan kebaikan-kebaikan itu.
Namun, dalam banyak-banyak “syurga”, ada syurga palsu. Inilah ia #nerakawang
Yang tidak diceritakan oleh ejen.
– Ejen kad kredit tak cerita betapa peritnya hutang kad kredit keliling pinggang disebabkan bayaran minima setiap bulan.
– Pegawai bank tak cerita betapa payahnya hidup dengan hutang keliling pinggang.
– Salesman kerata takkan cerita kos memiliki kereta bukan sekadar installment malah sekali kos petrol, kos servis, kos tayar, kos saman, kos alat ganti dan lain lain
-Ejen unit trust pula tak ceritakan bahawa 80% pelabur yang keluarkan wang EPF akaun 1 ke unit trust hanya balik modal dan mendapat pulangan lebih rendah daripada EPF.
– Ejen takaful yang mempromosi takaful kononnya ada saving pula tak cerita bahawasnya yang dikatakan saving itu ada potensi menjadi 0 atau negatif.
Situasi-situasi di atas adalah realiti tapi jarang ejen ceritakan. Ejen tak cerita bukan sebab ejen tak tahu, tapi sebab kalau cerita nanti jadi lambat close.
Situasi-situasi di atas juga, walaupun disampaikan melalui kaedah troll, tapi ia datang dengan fakta bukan dengan sentimen semata.
Ramai yang sentap dengan hashtag ini.
Terutama ejen-ejen produk-produk yang disebutkan. Katanya, kaedah ini hanya menjauhkan masyarakat.
Ya, ia memang akan menjauhkan dengan ejen-ejen yang misleading a.k.a#ejendarineraka
(Tapi jarang pula salesman kereta, ejen kad kredit yang sentap)
Ejen-ejen yang jujur dan telus, langsung tidak terkesan.
Bagi pengguna pula, menjadikan mereka lebih teliti sebelum melanggan sesuatu produk.
Bagi yang sudah melanggan, mereka mula semak kembali produk yang mereka langgan.
– Ada yang mengakui bahawa kereta yang selama ini mereka beli sebenar tak berbaloi dengan penggunaan.
– Ada yang semak cash value polisi takaful, tak sama dengan apa yang ejen cerita 4-5 tahun lepas.
– Ada yang semak performance unit trust mereka, rupa-rupanya performance lebih tengah dari unit trust.
Kenapa perlu sembunyikan semua ini?
Jika Tuan-Puan tidak sembunyikan, tidak perlu resah-gelisah dan marah-marah.
Yang resah-gelisah dan marah-marah selalunya berlaku apabila;
1. Klien mereka mula mempersoal polisi yang mereka sign / investment yang mereka buat dengan membandingkan apa yang saya tulis dengan apa yang ejen beritahu.
2. Ejen-ejen di bawah mereka mula mempersoal perkara sama.
Apabila 2 situasi ini berlaku & mereka gagal berikan bukti, fakta dan hujahan munasabah maka mulalah serangan peribadi dilakukan.
Dan modal paling ampuh ialah mengatakan saya suka memburuk-burukkan kompeni mereka.
Walhal selama ini merekalah yang memburuk-burukkan produk kewangan lain apabila membanding-bandingkan dengan TH, ASB, EPF. Tidak kira ejen takaful atau unit trust, suka sangat membandingkan dengan TH, ASB.
Tapi apabila saya membandingkan produk mereka dengan produk lain yang setara, marah pula.
Kawan, saya menulis dengan fakta. Selama ini sudah banyak saya tulis dengn cara “normal”.
Dan tulisan-tulisan saya di FB, disalin-tulis ke blog www.afyan.com. Ia untuk memudahkan rujukan pada masa hadapan.
Dan sesekali saya menulis dengan cara pedas sebegini.
Saya mengambil risiko dibenci apabila saya dedahkan perkara-perkara ini terutama dari rakan-rakan ejen yang follow selama ini.
Jika saya salah, saya sedia untuk ditegur.
Saya bertanggungjawab 100% atas apa yang saya tulis, dunia akhirat.
Sebagaimana saya menulis untuk menentang skim-skim too good to be true dan skim sontot, perkara sama juga untuk saya menentang ejen-ejen misleading / misselling dalam industri kewangan.
Tidak perlu keluh-kesah, resah-gelisah dan marah-marah jika Tuan-Puan tidak melakukan sebarang misleading dan overclaim dlm memasarkan produk-produk kewangan.
Saya bersedia membetulkan keadaan jika ada yang salah.
Boleh berikan teguran di ruangan komen. Jika ada fakta yang salah, sila berikan fakta yang betul.
Jangan risau, komen-komen teguran saya terima seadanya. Yang penting gunakan akaun original, bukan fake. Saya bersedia menerima sebarang teguran terbuka, biarpun pahit untuk saya terima.
Kurela dibenci….
Afyan Mat Rawi
p/s: Lepas baca jangan lupa like Neraka Wang
Gambar sekadar hiasan
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran