Tamatnya skim rumah pertamaku: Peluang atau cabaran?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:47Views

TIADA LAGI SKIM RUMAH PERTAMAKU BERMULA 1 APRIL

Ada pro n con perkara ini

Con

  • Makin susah nak beli rumah
  • Makin banyak rumah yang tidak terjual

Pro

  • Apabila pembeli semakin kurang dan hartanah yang tidak terjual semakin banyak, harga jualan rumah pun akan berkurangan
  • – Apabila berjaya beli rumah di bawah harga pasaran, bermakna kita berpeluang untuk mendapat peluang mengurangkan entry cost membeli rumah.

Nota :

Pemerhatian saya, sekarang ini memang banyak rumah yang dijual di bawah harga pasaran.

Kenapa berlaku sebegini rupa?

Apabila berlaku krisis ekonomi, akan ada sesetengah pelabur yang terjejas kewangan mereka perlukan tunai untuk teruskan hidup.

Jadi, mereka perlu tukarkan aset kepada tunai. Aset di sini termasuk hartanah, saham, emas, unit trust dan sebagainya.

Untuk mencairkan hartanah kepada tunai, memerlukan masa. Nak iklan, nak cari pembeli. Kemudian bukan semua pembeli yang berminat, diluluskan.

Ia bergantung kpd holding power seseorang pemilik hartanah. Jika rumah sudah habis hutang bank, mungkin tidak terdesak sangat.

Tapi bagi yang tidak ada reserve tunai, mereka terdesak untuk jual dengan segera.

Jadi, nak tak nak, kena jual hartanah di bawah harga pasaran supaya cepat dapat buyer.

Jika tidak mampu bertahan, mungkin terpaksa dilelong.

Ini ialah waktu yang sesuai untuk beli rumah, dengan syarat ada cash. Pilihan semikin banyak, dan pembeli boleh negotiate untuk dapatkan harga terbaik bagi mereka.

Bagi yang bijak, boleh gunakan peluang ini untuk beli rumah dan dapat kembali wang deposit apabila lakukan “mark up loan”.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sejak beberapa tahun lalu saya diajak untuk menyertai bisnes dan…