fbpx

KWSP | Penamaan

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 694Words
  • 489Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

KWSP | PENAMAAN

Hampir semua rakyat Malaysia yang bekerja terutamanya kerja swasta akan mencarum ke dalam KWSP . Caruman bulanan itu dibuat oleh majikan dan potongan keatas diri sendiri .

Anda sebagai ahli KWSP , adakah anda tahu apa yang perlu anda SEMAK di dalam akaun KWSP anda?
.
Sebelum itu ,mungkin anda pernah baca @ dengar bahawa :-
a) Penama pecah Amanah
b) Penama bolot sorang duit ahli KWSP
c) Penama tidak membayar hutang ahli KWSP
d) Penama tidak membahagikan duit tersebut kepada Ahli Faraid ( ibu, ayah,anak,isteri)
e) Penama tidak membahagikan duit KWSP kepada anak anak bawah umur simati.
f) Pak cik sedara sebagai penama membiarkan anak ahli KWSP merempat tanpa memberikan duit KWSP mengikut hak faraid anak anak tersebut .

Semua perkara diatas adalah PENAMA INDIVIDU dan penama bertindak sebagai pentadbir dan pemegang amanah kepada simati

Berbalik kepada perkara yang perlu semak:-

Perkara yang perlu anda semak jika PENAMA KWSP anda adalah Penama INDIVIDU:-

a)Siapa nama penama KWSP anda ?
b)Apa hubungan penama KWSP dengan anda ?
c)Adakah penama KWSP anda masih hidup?
d)Adakah penama KWSP anda masih bawah umur?
e)Adakah penama KWSP anda adalah isteri yang telah diceraikan ?
f)Adakah penama KWSP adalah tunang anda yang tidak jadi kahwin dengan anda?
g)Adakah penama KWSP anda adalah ibu bapa yang telah uzur ?
h)Adakah penama KWSP anda adalah isteri yang telah diceraikan ?

Adakah anda tahu berkenaan tanggungjawab berat yang perlu dipikul oleh penama KWSP anda setelah anda tiada di dunia ( meninggal dunia)?

Untuk makluman penama perlu bertindak sebagai Pentadbir kepada harta simati .

Pentadbir perlu bertindak keatas duit KWSP seperti berikut ;-
a) Membayar urusan pengebumian simati
b) Membayar hutang simati
c) membayar / malaksanakan wasiat (mengikut syarak)
d) membahagikan baki harta KWSP kepada semua waris yang berhak dalam faraid .

Pertanyaan


Adakah penama individu KWSP anda mampu membuat semua perkara diatas?

Adakah anda sanggup meletakkan tanggungjawab keatas penama KWSP individu ( emak yang uzur, isteri yang masih anak kecil) turun naik ke bank untuk mendapatkan jumlah hutang rumah, kereta, loan peribadi dan lain-lain hutang seterusnya membuat bayaran hutang tersebut?

Adakah waris anda tahu berkenaan bahagian dan cara untuk agihkan kepada waris waris yang berhak.

SOLUSI

Untuk makluman bermula 01 Januari 2018, KWSP telah memulakan langkah yang mana ahli KWSP diberi pilihan untuk melantik PENAMA INDIVIDU atau melantik PENAMA INSTITUSI. Penama Institusi hanya satu satunya syarikat peramanah awam di Malaysia iaitu Amanah Raya Berhad (ARB) sahaja.

PERBEZAAN PENAMA INDIVIDU DAN INSTITUSI

Apakah perbezaan penama individu @ penama Institusi ?

Penama individu adalah ahli KWSP melantik seseorang individu(orang) untuk menjadi penamanya. Untuk makluman semua, Sesiapa sahaja boleh dilantik jadi penama biarpun individu tersebut bukan waris kepada ahli KWSP seperti jiran sebelah rumah, imam, bilal, mak sedara, kawan sekerja, pakwe, makwe dll(Nak lantik saya pon boleh ☺️☺️).

Anda juga perlu sentiasa mengemaskini penama terutamanya penama yang anda namakan telah dijemput Ilahi (mati).

Adakah perlantikan penama Institusi perlu bayaran, fee, atau yuran yang perlu dibayar oleh ahli KWSP ?

Pelantikannya adalah percuma tiada bayaran dan ahli KWSP yang melantik penama Institusi boleh mendapat satu wasiat asas secara percuma daripada ARB

Adakah ada bayaran selepas kematian ahli KWSP semasa pentadbiran duit KWSP ?

Bagi penamaan AmanahRaya yang melibatkan Pentadbiran Pusaka fi dan/atau caj istimewa diberikan berbanding dengan Fi dan/atau caj istimewa yang dikenakan adalah seperti berikut :

● 2% atas RM 1,000,000.00 pertama;
● 1% atas baki
● Tiada fi dan caj lain dikenakan.
● Bagi simpanan yang berjumlah RM5, 000.00 dan ke bawah, tiada fi
perkhidmatan dan bayaran proses dikenakan.

Maksudnya jika duit ahli KWSP sebanyak RM1,000,000.00 Fi/caj pentadbiran yang dikenakan adalah RM20,000 bersamaan 2% daripada duit KWSP tersebut.

Bayaran caj/ Fi Pentadbiran tersebut akan di tolak daripada duit peninggalan ahli KWSP tersebut .

KELEBIHAN LANTIK INSTITUSI SEBAGAI PENAMA

Apakah kelebihan melantik Penama Institusi?

Kelebihan melantik penama institusi:-

a) Ahli KWSP dapat wasiat asas ARB secara PERCUMA.
b) Duit kwsp dapat dibahagikan kepada semua waris yang berhak di dalam faraid
c) Tiada salah guna terhadap duit simati
d) Tiada isu makan duit haram
e) Perbalahan dan perebutan duit KWSP dapat dielakkan di kalangan ahli waris
f) ARB syarikat berkecuali dan tiada kepentingan kepada waris-waris
g) ARB satu satunya syarikat peramanahan awam kerajaan.
h) Paling penting hak SIMATI seperti bayar hutang SIMATI, laksana wasiat mengikut syariat di dahulukan dan dibuat oleh ARB.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mendedahkan maklumat yang…