Lebih 20 tahun dalam industri, ini sisi gelap yang ramai tak berani bongkar
Saya pernah diugut saman oleh seorang leader ejensi takaful selepas saya dedahkan satu kes kes misleading yg melibatkan ejensinya.
Jadi saya tak hairan melihat respon segelintir ejen takaful merentan dan meroyan selepas saya buktikan bahawa hibah takaful boleh dicabar.
Inilah harga yg perlu dibayar apabila membongkar sisi hitam industri takaful.
Ia berlaku tahun 2022
Kali pertama dia mesej, sy minta staf balas:

“Kirim salam & bisikkan ke telinganya #nerakawang.”
Kali kedua dia mesej, saya kata, “Saya tunggu saman dia.”

Dan hingga ke tahun 2025. surat saman itu masih belum sampai.
Saya harap alamat dia betul, takut-takut nanti tiba-tiba keluar penghakiman tanpa kehadiran saya. Hahaha!
Alhamdulillah, saya masih bertahan dalam industri kewangan ini selama lebih 20 tahun.
Selama tempoh itu, saya saksikan bersepah teknik marketing yang mengelirukan dari segelintir ejen, tapi didiamkan oleh ramai ejen senior.
Kononnya, “tak perlu kecoh sangat. Fokus je promote produk sendiri, tak payah jadi hero.”
Tapi apabila semua orang diam, akhirnya masyarakat yang rasa tertipu. Ejen tipu, pelanggan kecewa, industri jadi mangsa.
Ini antara misleading pernah saya dedahkan selama ini:
1. Medical card rider konon lebih bagus sebab ada saving dan harga tak naik. Hakikatnya, baru 4 ke 5 tahun dah naik caruman beberapa kali.
2. Kononnya lebih baik simpan di takaful daripada ASB atau TH sebab ASB dan TH nanti jadi harta beku. Sebenarnya, harta beku itu boleh diurus dengan cara lain.
3. Syarikat takaful A patuh syariah sebab nama “takaful” ada di depan. Tapi jika nama “takaful” di belakang, dikata tidak patuh syariah. Padahal semua syarikat takaguln perlu dapat kelulusan syariah BNM.
4. Katanya, takaful boleh jadi simpanan, pelaburan dan persaraan. Padahal yang dapat persaraan adalah ejen yang dapat komisen besar.
5. Kononnya hibah takaful akan selesaikan masalah pusaka umat Islam. Tapi kalau pengurusan pusaka tak dibuat dengan betul, tetap tersangkut juga.
6. Ada yang kata, plan takaful tu 90% duit masuk Tabung Haji. Padahal tak sampai 10% pun yang jadi simpanan, selebihnya habis pada wakalah fees.
7. Ada pula yang kata, takaful dan insurans sama je. Padahal struktur, kontrak, dan asas syariahnya berbeza.
8. Paling bahaya, ada yang sanggup tipu proposal, tipu info dalam polisi semata-mata nak luluskan permohonan.
Lepas tu muncul istilah-istilah pelik macam “medical card 3 in 1”, “savings plan untuk anak”, “hibah selesaikan faraid” dan macam-macam lagi ayat close deal.
Biasanya orang akan salahkan ejen baru. Tapi persoalannya, siapa yang ajar ejen baru?
Ejen baru bukannya lahir terus pandai menipu. Dia diajar. Dan yang ajar tu ialah ejen senior, leader, dan ejensi sendiri.
Apabila dah lama dalam industri, ejen baru tu jadi ejen lama pula, dan ulang semula silibus misleading tu kepada ejen baru yang lain.
Begitulah rantaian misleading diwarisi turun-temurun.
Salah siapa? Bukan salah produk. Produk itu hanya alat. Salahnya ialah pada tangan yang salah guna alat itu untuk tujuan yang salah.
Dan apabila orang luar tegur, dikata mereka tak faham industri.
Apabila orang dalam tegur, dikata pula dengki.
Aptb…
Begitulah kitarannya. Tapi saya tetap akan terus bersuara, walau tahu risikonya.
Kalau takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan! Eh?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran