fbpx

Loving couple policy: Lindung pasangan, lindung diri

  • 2Minutes
  • 278Words
  • 10Views

Konsep ini dikenali juga sebagai “Loving Couple Policy” atau Polisi Kasih Sayang atau Silang Polisi atau Hibah Silang.

Nama itu bukan keutamaan, yang penting ialah memahami konsepnya.

POLISI A: Suami sebagai pemegang polisi, isteri sebagai orang yang dilindungi. Kedua-duanya kena turunkan tandatangan.

POLISI B: Isteri sebagai pemegang polisi, suami sebagai orang yang dilindungi. Kedua-duanya kena turunkan tandatangan.

Kedua-dua polisi mempunyai rider manfaat pembayar (payor saving / payor benefit)

Ia bukan sebagaimana polisi takaful yang dipanggil hibah takaful:

Suami melanggan satu polisi, isteri juga melanggan satu polisi, atas nama sendiri.

Kemudian letak nama pasangan sebagai penama hibah. Hanya pemilik polisi merangkap orang dilindungi sahaja turunkan tandatangan.

Kelebihan polisi Loving Couple Policy ini:

1) Tidak perlu meletakkan pasangan sebagai penama atau penerima hibah kerana pasangan itu sendiri ialah pemegang sijil. Penama atau hibah boleh diletakkan atas nama anak atau ibu bapa sekiranya berlaku kematian serentak suami dan isteri.

2) Tidak timbul isu faraid apabila pasangan meninggal dunia kerana 100% pampasan takaful menjadi milik pemegang sijil.

3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana merujuk kepada faktor nombor (2).

4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai penerima hibah, kerana pemilik polisi boleh mengubah penama hibah pada bila-bila masa tanpa pengetahuan penerima hibah.

5) Disebabkan faktor nombor (4), sebarang perubahan perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak yang bersetuju, maka perubahan tidak boleh dilakukan.

6) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia telah “dibayar” oleh pasangan yang telah meninggal dunia. Oleh sebab itu ia dinamakan sebagai “Loving Couple Policy”.

7) Apabila berlaku perceraian, boleh batalkan polisi atau mohon endorsemen untuk buat perubahan dan tertakluk kepada kelulusan syarikat. Apabila bercerai maka sudah tidak ada “love” lagi.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya bertanggungjawab 100% dengan apa yang saya tulis. Jika ia…