fbpx

Macam Mekdi! – Pengalaman di Burgerman bersama keluarga

  • 2Minutes
  • 367Words
  • 13Views

“Macam Mekdi!”

Itulah komentar anak-anak selepas berbuka puasa di Burgerman, Bangi semalam.

Saya tak pandai sangat nak bandingkan sebab burger Mekdi pun saya jarang makan. Lagipun, dah lama tak ke sana.

Tambah pula, saya bukan jenis yang pandai review makanan. Bagi saya, semua makanan sedap!

Kalau saya jadi influencer review makanan, semua kedai dapat komen positif. Mungkin sebab itu saya tak jadi influencer maknan. Cukuplah dalam bidang kewangan. Hahaha!

Sebenarnya, ini kali kedua saya ke sini. Kali pertama pada bulan Disember lepas seorang diri, tapi kali ini saya bawa keluarga sekali.

Yang “sedap” sebenarnya bukan sebab makan burger, tapi dapat bersembang dunia bisnes F&B dengan tauke Burgerman sendiri, Tn Hj Nordin Mat.

Kata beliau, dua bulan sebelum pembukaan Burgerman, beliau rajin pergi restoran sekitar Bangi.

Kemudian beliau membuat ulasan dan kongsikan review di Group FB Bandar Baru Bangi Community.

Lepas tu, sebulan sebelum pembukaan, beliau buat pengumuman yang Burgerman bakal dibuka tak lama lagi.

Hasilnya? BOOM! Restoran beliau terus viral di group tersebut, tanpa sebarang paid marketing.

Hampir setiap hari ada sahaja posting berkenaan Burgerman di sana. Malah, ada yang bergurau nak tukar nama group kepada “Bandar Baru Burger Community” sebab terlalu banyak posting pasal burger dan Burgerman!

Saya yang berada di Gombak pun terasa gegaran tersebut.

Malah masa mula-mula Burgerman meletup, tak tahu pun Tn Hj Nordin orang kuatnya, yang saya tahu beliau sebelum itu membangunkan GTR Burger.

Suka atau tidak, pengunjung pasti akan membandingkan Burgerman dengan McDonald’s yang sudah diboikot secara besar-besaran oleh majoriti rakyat Malaysia.

Walaupun bukan pro-boikot, saya perlu jujur untuk menerima hakikat bahawa susulan boikot terhadap KFC, McDonald’s dan Starbucks inilah yang membuka ruang untuk beberapa jenama tempatan melonjak naik.

Kalau ayam goreng, kita dah ada alternatif kepada Kentucky Fried Chicken seperti D’Apple Fried Chicken, DARSA Fried Chicken, dan Muiz Hot Chicken.

Kalau kopi, sudah ada jenama seperti ZUS Coffee, Richiamo Coffee, dan Gigi Coffee sebagai alternatif Starbucks.

Tapi untuk restoran burger fastfood untuk menggantikan McDonald’s, masih belum ada sehinggalah muncul Burgerman di Bangi ini.

Tak lama lagi, cawangan Burgerman di Shah Alam bakal dibuka.

Tapi saya harap jangan buka di Gombak dulu.

Kalau buka di Gombak, alamatnya setiap hari anak-anak ajak ke sana! 😂

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Wahai lelaki, Jika kalian menjumpai wanita dengan ciri-ciri berikut; -…