Maybank – Tahniah Umat Islam Malaysia!
Maybank. Tahniah umat Islam Malaysia!
Tahukah anda bahawa apabila umat Islam mula mempertikaikan status halal haram ASB, PNB selaku pengurus dana ASB mengambil tindakan proaktif bagi memastikan ASB patuh syariah.
Sebenarnya Maybank Group dimiliki oleh PNB iaitu 34.68% dengan aset keseluruhan berjumlah RM840 billion. PNB memiliki sekitar 7.7% dan KWSP 13.7%.
Kesedaran
Dengan satu kesedaran terhadap status halal haram, ASB dan PNB selaku pemilik Maybank melakukan sesuatu bagi memastikan Maybank terus diyakini pelabur muslim. Maybank memperkenalkan konsep ‘Islamic First’, iaitu semua produk yang ditawarkan kepada pelanggan hendaklah didahulukan produk islamik, kecuali pelanggan tidak mahukannya.
Ia diperkenalkan sejak 2011 kalau tidak silap, dan memberi kesan yang signifikan dan mendalam kepada portfolio patuh syariah di Maybank.
Tidak hairan 10 tahun ini, aset Maybank Islamic terus melonjak tinggi berbanding aset konvesional. Total aset maybank islamic adalah sekitar RM300 billion. Bahkan sehingga Sep 2020, jumlah pembiayaan islam maybank mencecah 62.2%, berbanding bakinya adalah konvensional. Saya dimaklumkan bagi deposit, ia masih berkadaran seimbang, tetapi ia munasabah seiring dengan peningkatan segmen lain.
Saya menyaksikan kesungguhan warga Maybank merealisasikan hasrat umat Islam ini. Daripada Board of Director hingga pekerja am, mereka menunjukkan daya sebagai bank terbesar di Malaysia yang berjaya dan terkenal di mata dunia.
Tahukah anda, salah sebuah 5 bank Islam terbesar dunia daripada sudut aset adalah Maybank Islamic? Dengan 4 lagi bank yang berada bersama dalam raking 5 tertinggi kesemuanya adalah bank timur tengah. Satu pencapaian buat Malaysia. Mencelah di tengah gergasi Teluk!
Ya, kesedaran dan kesatuan bersama umat akhirnya menjadikan sebuah institusi itu kuat dan menjadi contoh di mata global.
Tahniah umat Islam. Tahniah Maybank!
Oh ya. Tahukah anda pendekatan Islamic First sudah mula dipakai di bank lain juga! Dan trend juga berkembang mekar
Posting asal dari Tuan Dr Azrul Azlan
Ulangkaji:
- Hukum ASB – Klik disini
- Pengagihan Pendapatan ASB Adalah Berdasarkan BUDI BICARA Pengurusan, BUKAN Berdasarkan Prestasi Sebenar Pelaburan – Klik disini
- ASB Financing Paling Rendah Di Dunia – Klik di sini
- Koleksi artikel ASB – Klik di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran