fbpx

Pandangan Tentang Hukum ASB

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 645Words
  • 1345Views

Setiap kali isu ASB diperkatakan, pasti ada pandangan pertikaian tentang hukum.

Tulisan ini bukan untuk membincangkan bab hukum, cuma ingin menelusuri beberapa pandangan tentang hukum ASB

Secara umumnya ada 2 pandangan yang popular dan satu pandangan untuk keluar dari khilaf.

PANDANGAN PERTAMA: ASB Harus

Pandangan ini ialah pandangan paling dominan.

Mazhab ini disokong oleh autoriti utama hukum fatwa di Malaysia iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah keluarkan hukum ASB harus sejak tahun 2008

Ia juga turut disokong oleh majlis-majlis fatwa negeri di Malaysia dengan yang terkini Jabatan Mufti Negeri Selangor yang mengharuskan ASB beberapa bulan lalu.

Selain itu ia turut disokong oleh beberapa Jawatankuasa Penasihat Syariah perbankan Islam.

Sekurang-kurangnya 6 perbankan Islam di Malaysia yang mengharuskan ASB dengan mempunyai produk ASB Loan Financing iaitu; CIMB Islamic Bank, Maybank Islamic, RHB Islamic Bank, AmIslamic Bank, Bank Muamalat dan Hong Leong Islamic Bank

Difahamkan, tahun depan 2018 akan ada beberapa lagi perbankan Islam yang akan ada produk ASB Loan Financing ini.

Jadi kesimpulannya, untuk “mazhab” ASB harus ini disokong oleh;

✔️ Majlis Fatwa Kebangsaan
✔️ 11 Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Negeri
✔️ 6 Majlis Penasihat Syariah Perbankan Islam

PANDANGAN KEDUA: ASB Tidak Patuh Syariah

Sebelum keluar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008, ada beberapa Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Negeri yg menolak ASB, antaranya Jabatan Mufti Selangor dan Pulau Pinang.

Ia menjadi polemik peringkat kebangsaan juga apa ia turut disokong oleh beberapa tokoh besar dalam bidang muamalat di Malaysia, sekalipun selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi ASB pada 2008.

Kemuncaknya, pada tahun 2009 telah tersebar satu surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) respons SC berhubung isu patuh syariah ASB.

Dalam surat tersebut, SC memaklumkan bahawa ASB tidak mengikut garis panduan patuh syariah yang ditetapkan oleh SC. Surat itu adalah untuk edaran dalaman bank berkenaan sahaja, tetapi ia jadi viral.

Blog saya antara yg terawal kongsikan kandungan tersebut apabila terima ia daripada yahoo group. Zaman itu belum ada WhatsApp, Facebook seperti sekarang.

Sehingga kini, masih ramai yang berpegang kepada hujahan oleh SC ini.

Kesimpulannya, pendapatan menolak keharusan ASB disokong oleh;

✖️ Suruhanjaya Sekuriti / Security Commission

Juga ia adalah pandangan lama beberapa Jabatan Mufti / Fatwa Negeri, seperti

✖️ Jabatan Mufti Negeri Selangor (fatwa lama)
✖️ Jabatan Mufti Negeri Pahang (fatwa lama)
✖️ Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (fatwa lama)

Pandangan ke-3; ASB harus tapi perlu dibersihkan.

Pandangan ini diputuskan oleh
– Jawatankuasa Fatwa Perlis (2016)
– Jabatan Mufti Selangor (2017)

Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram.

Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.

Jadi, mana pilihan anda? 1️⃣, 2️⃣ atau 3️⃣?

Tepuk dada tanya iman dan ilmu.

Kesemua autoriti di atas ada kapasiti dan bidang masing-masing.

Majlis Fatwa Kebangsaan berautoriti untuk memberi fatwa hukum hakam Islam secara umum di peringkat kebangsaan.

Majlis Fatwa negeri pula berautoriti memberi fatwa di peringkat negeri masing-masing untuk dipraktikkan di peringkat Jabatan Agama Islam negeri.

Penasihat syariah bank pula berautoriti dalam hal ehwal patuh syariah produk kewangan bank-bank Islam.

Manakala penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti pula mengawal selia kepatuhan syariah instrumen dan produk pelaburan.

Sama ada kita terima atau tolak, sandarkan kepada ilmu bukan dengan sentimen semata-mata.

Ia adalah khilaf di kalangan para alim ulama syariah dan muamalat negara ini. Setiap satu mempunyai hujah dan berjalan dengan harmoni di kalangan pihak berautoriti.

Kita raikan perbezaan pendapat di kalangan mereka. Ia adalah rahmah untuk ummah.

Jika betul dapat dua pahala malah jika salah pun dapat satu pahala.

Cuma di peringkat bawahan ia menjadi polemik yg tak berkesudahan.

Dan secara peribadi saya sangat mengharapkan ASB menjadi satu instrumen yang dapat membantu bumiputera terutama ekonomi orang Islam yang diterima status patuh syariahnya oleh semua autoriti berkaitan.

INFOGRAFIK: Pandangan-pandangan tentang hukum ASB.

Di Malaysia, ada beberapa pandangan tentang hukum ASB:
1. Harus
2. Tidak Patuh Syariah
3. Harus, tapi perlu dibersihkan.

Afyan Mat Rawi, IFP

Like, kongsi dan tag rakan-rakan jika bermanfaat.

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, sejak 10 tahun, kerajaan sudah mengambil banyak tindakan untuk…