Medical card arwah ayah boleh buat beli beras?
Kisah sedih melanggan takaful
Saya tersentap membaca kartun ini.
Saya membayangkan “arwah ayah” ialah diri saya sendiri.
Ia mirip kes yang pernah saya terima tentang seorang balu dan beberapa yang kehilangan suami.
Cuma bezanya dalam kartun, arwah suami melanggan medical card dan dalam kes yang saya akan ceritakan ialah polisi insurans pendidikan.
Ceritanya begini;
Sebuah keluarga baru kehilangan suami dan ayah.
Arwah meninggalkan seorang balu yang bekerja sebagai suri rumah dan beberapa orang anak. Saya tak ingat jumlah anaknya, tapi lebih dari 2 orang.
Arwah suaminya seorang yang kaya. Beliau seorang usahawan dan kontraktor, ambil LEBIH dari SATU POLISI INSURANS.
MALANGNYA, semua polisi yang diambil adalah POLISI INSURANS PENDIDIKAN.
Jadi, apabila kematian arwah, apakah manfaat yang diperolehi oleh balu dan anak-anak yatim yang ditinggalkan?
Hanyalah MANFAAT SAMBUNG BAYAR / WAIVER OF CONTRIBUTION.
Walhal, jika bajet yang sama diambil untuk melanggan LIFE POLICY / INCOME PROTECTION, sekurang-kurangnya dapat sedikit pampasan untuk membeli beras….
Rumah dicagarkan kepada bank
Hendak dijadikan cerita, rumah yang mereka duduki ialah rumah yang dibina oleh arwah suami selaku seorang kontraktor (bukan dibeli melalui fasiliti bank), dan DICAGARKAN kepada bank untuk pinjaman perniagaan arwah.
Maka bank mengambil rumah tersebut dan balu bersama anak-anak malang itu terpaksa meninggalkan rumah tersebut…..
Itu kisah lama, diceritakan oleh seorang rakan yang pernah bertugas di sebuah syarikat amanah yang menguruskan kes arwah.
Dan cerita ini selalu saya ulang dan ulang dalam seminar-seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW agar tidak berulang kepada peserta-peserta.
Dalam seminar-seminar berkenaan juga, soalan yang biasa ditanya “saya mempunyai bajet terhad untuk melanggan takaful, mana yang lebih penting antara medical card atau income protection?”
Saya ada berikan respon berkenaan medical card dengan income protection. Klik di sini
Juga saya kongsikan apakah perbezaan antara medical card dengan income protection dengan menggunakan analogi rumah dan pintu .
Boleh rujuk artikel di sini .
Perbezaan tentang coverage medical card dan coverage critical illness saya huraikan. Klik di sini
Saya mencadangkan memiliki plan perlindungan pendapatan ini :
- Kematian semula jadi : RM500,000
- Kematian Sakit : RM500,000
- Kematian Kemalangan : RM500,000
- Lumpuh atau Kecacatan akibat sakit: RM500,000
- Lumpuh atau Kecacatan akibat kemalangan: RM500,000
- 36 Sakit Kritikal : RM500,000
- TIADA Had jenis pekerjaan
- Pampasan boleh dihibahkan kepada yang tersayang.
Bermula dari RM120 sebulan
Apa kata kita jumpa dulu, dan team saya akan bantu anda untuk pilih pakej terbaik?
Jika anda tak suka, jangan ambil.
Mohon hubungi saya disini WhatsApp INFAQ Consultancy atau boleh isi borang di bawah.
Admin saya akan hubungi segera.
Jadi sekarang, apa kesimpulan rakan-rakan dari kartun ini?
Kredit buat pelukis kartun ini ahmadfetri.com. Jika ada yang kenal, tolong tag. Saya search FB tak jumpa. Saya buka link pun gagal.
Afyan Mat Rawi, IFP
p/s: Jika mahukan konsultansi komprehensif tentang urus wang dan takaful income protection, boleh isi borang di bawah;
BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut?
Artikel yang perlu anda baca mengenai medical card.
- Medical card stand alone vs medical card rider
- Mana Yang Lebih Baik; Guna Medical Card Atau Gunakan Wang Simpanan Untuk Menampung Kos Rawatan di Hospital?
- Medical card scam? Apa pandangan anda…
- Ada yang pernah dijanjikan ke Medical Card tidak akan naik harga?
- Mana yg lebih penting antara income protection dan medical card?
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran