Mana yg lebih penting antara income protection dan medical card?
“Mana yg lebih penting antara income protection dan medical card?”.
(Saya kurang gemar menggunakan perkataan “hibah”, untuk maksud income protection. Sebab income protection bukan sekadar hibah dan hibah bukan produk takaful.)
Soalan ini datang daripada posting saya berkenaan keluhan pengguna yang ada kesedaran tapi tidak mampu membayar takaful dengan harga yang mahal. Baca di sini
Saya biasa menerima persoalan ini dan ini antara skema jawapan saya:
1. Yang terbaik ialah ada kedua-duanya. Income protection bersamaan 10 tahun pendapatan, dan medical card dengan limit yang tinggi.
2. Jika kekurangan bajet, ambil kedua-duanya dengan bajet yang ada.
3. Jika bajet sangat-sangat ketat, utamakan income protection dan apabila ada bajet kelak, boleh tambah medical card.
Kenapa? Sebab jika tiada medical card, kita masih ada alternatif hospital kerajaan.
Tapi jika tiada income protection, tiada alternatif selain terpaksa menggadaikan aset yg ada atau worse case scenario mungkin terpaksa meminta derma.
FB Kementerian Kesihatan Malaysia pernah menyiarkan perkongsian seorang doktor berkenaan bayaran pembedahan bypass di hospital kerajaan hanyalah RM 500 sahaja dengan 99% adalah daripada subsidi kerajaan.
Jika di hospital swasta, ia boleh mencecah RM 50,000 berbanding hanyalah RM 500 sahaja kos untuk operasi yang sama di hospital kerajaan.
Bukan bermaksud menidakkan fungsi medical card dan hospital swasta tapi posting ini berkenaan perbandingan dan prioriti dalam melanggan takaful.
Hospital swasta bagus dari sudut keselesaan bersesuaian dengan kos penghospitalan dan rawatan di sana yang bukan murah, malah ada yang hampir setaraf hotel.
Contohnya di Price Court Medical Center. Saya pernah melawat rakan yang diwadkan di sana, terkejut saya apabila mendapati pesakit di sana boleh memilih makanan berdasarkan menu yang disediakan, yang pastinya tiada kelebihan seumpama itu di hospital kerajaan. Memang persis hotel!
Keselesaan itu datang dengan kos dan kos itulah boleh dijimatkan dengan melanggan medical card. Dengan medical card yang kita bayar secara bulanan, melayakkan kita menerima kos rawatan di hospital puluhan ribu malah mungkin mencecah ratusan ribu. Jika hendak harapkan duit simpanan, tak berbaloi untuk digunakan membayar bil rawatan hospital. Tapi dengan medical card, bebanan itu sangat minima.
Namun kelebihan besar hospital kerajaan yang jarang-jarang ada di hospital swasta di Malaysia ialah fasiliti dan expertise. Peralatan dan kepakaran. Kelengkapan peralatan perubatan dan doktor pakar pastinya ada di hospital kerajaan, berbanding hospital swasta.
Jika tiada kelengkapan dan kepakaran di hospital kerajaan A, pesakit akan dipindahkan ke hospital kerajaan B. Contohnya, seorang rakan saya yang mengalami masalah jantung dimasukkan ke Hospital Selayang, tapi kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik daripada pakar di sana.
Namun jika di hospital swasta, jika tidak cukup kelengkapan dan kepakaran, akhirnya akan dipindahkan ke hospital kerajaan. Sebab itu di hospital swasta tidak ada bilik mayat, sebab mereka biasanya akan tolak kes-kes kritikal ke hospital kerajaan.
Jika ada rakan-rakan doktor yang membaca tulisan ini dan mendapati ada kesalahan fakta, tolong betulkan. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman dalam bidang kewangan dan takaful sahaja.
Pengalaman saya, hanya yang benar-benar sakit akan diwadkan di hospital kerajaan berbanding dengan hospital swasta, yang kadang kala tiada keperluan sangat pun diwadkan. Kadang tu, sakit sikit pun doktor akan rekomen untuk admit wad, terutama bagus lah yang memiliki medical card.
Jika admit hospital kerajaan, biasanya akan cepat jika tiada keperluan untuk tahan lebih lama. Berbanding jika admit wad di hospital swasta, biasanya akan ditahan lebih lama, terutama bagi yang menggunakan medical card. Pesakit yang admit adalah pendapatan bagi hospital swasta. Ingat, hospital swasta ialah entiti bisnes, bukan badan kebajikan.
Sekali lagi, posting ini untuk menjawab berkenaan prioriti antara medical card dan income protection. Bukan untuk mengatakan hospital kerajaan lebuh baik daripada hospital swasta atau sebaliknya.
Hospital swasta mahal, ada sebab. Hospital kerajaan murah, ada sebab. Nak murah di hospital swasta, ada sebab.
Saya juga adalah pengguna medical card yang pernah menerima rawatan di hospital swasta dan hospital kerajaan.
Posting ini juga sebagai panduan umum kepada para pelanggan medical card supaya menggunakan fasiliti medical card dengan baik. Jangan seronok buat banyak claim yang tidak sepatutnya sebab apabila ramai yang claim akan menyebabkan harga medical card meningkat.
Perasan tak, polisi takaful yang ada medical card sangat cepat meningkat berbanding polisi takaful tanpa medical card? Puncanya ialah pengguna seronok claim medical card banyak-banyak. Malah saya juga pernah jumpa kes fraud claim medical card disebabkan untuk buat tuntutan elaun hospital, komplot antara ejen, pelanggan dan doktor.
Kesimpulannya, gunakan wang anda sebaiknya dalam melanggan takaful. Jangan overpaid
Jika ada bajet, langganlah pakej lengkap medical card dan income protection.
Jika bajet terhad, utamakan income protection terlebih dahulu.
Ada banyak pilihan dalam pasaran.
Jika bajet terhad, dengan RM40+++ sebulan (umur 30 tahun) , dapat manfaat:
- RM200,000 kematian biasa
- RM200,000 kematian kemalangan
- RM200,000 kematian penyakit kritikal
- RM200,000 lumpuh kekal
- Manfaat kematian boleh dijadikan hibah kepada pasangan.
- Bayaran RM40+++ kekal selama 20 tahun.
Berminat? klik di sini
Bagi yg ada bajet lebih, boleh langgan pakej pakej income protection bersama dengan penyakit kritikal dan elaun hospital.
Umur 30 tahun, dengan peruntukan RM99 sebulan boleh dapat
- Manfaat kematian RM100,000
- Manfaat kematian kemalangan RM100,000
- Manfaat kematian disebabkan sakit kritikal RM100,000
- Manfaat penyakit kritikal (CI) RM100,000
- Manfaat lumpuh kekal (TPD) RM100,000
- Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan RM100 sehari
- Manfaat pengecualian bayaran atau waiver disebabkan CI atau TPD pun ada
- Ada nilai tunai sepanjang tempoh polisi.
- Manfaat no 1, 2, & 3 boleh dijadikan hibah takaful.
- Manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal BERASINGAN.
Semua 10 manfaat di atas, hanya RM99 sebulan! Berminat? Klik di sini
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran