Mana Yang Lebih Baik; Guna Medical Card Atau Gunakan Wang Simpanan Untuk Menampung Kos Rawatan di Hospital?

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:50Views

Ada seorang Sifu bisnes yang selalu mengajar followernya supaya tidak perlu melanggan takaful kerana simpanan dan pelaburan sahaja sudah memadai.

Saya termenung panjang dengan logik Sifu berkenaan.

Simpanan dan takaful adalah instrumen kewangan dengan objektif berbeza yang saling lengkap-melengkapi.

Simpanan dan pelaburan adalah Plan A, manakala takaful pula adalah Plan B.

Untuk simpanan menggantikan takaful, adalah hampir mustahil.

Jika kita dimasukkan ke hospital, mana yang lebih baik; sama ada gunakan medical card atau gunakan wang simpanan untuk menampung kos rawatan di hospital?

Jika kita jatuh sakit dan hilang pekerjaan, mana yang lebih baik; sama ada gunakan wang simpanan untuk menampung kos kehidupan, atau dapat dana segera daripada takaful untuk menampung kos tersebut?

Nasihat “tak perlu takaful, simpanan sudah memadai” adalah tidak praktikal.

Lebih-lebih lagi bagi orang muda yang baru hendak menyimpan dan belajar ilmu kewangan.

Contohnya bagi seseorang yang berusia 30 tahun ke bawah, dengan sumbangan takaful RM40++ sebulan, boleh dapat perlindungan bagi manfaat kematian bersama hibah RM200,000.

Jika hari ini mula mencarum RM40++ tadi, dalam masa 30 hari dana kecemasan RM200,000 sudah tersedia sekiranya berlaku kematian. Ia boleh diwariskan melalaui faraid atau hibah, boleh juga untuk membayar hutang.

Tapi jika hendak menyimpan sejumlah besar RM200,000, jika menabung RM40++ setiap bulan, ia memerlukan masa selama hampir 5,000 bulan!
Ia lebih kurang 400 tahun menyimpan RM40++ sebulan untuk mengumpul sejumlah wang RM200,000 tadi. Tapi dengan takaful, dana tersebut tidak mengambil masa selama itu.

Bayangkan jika seorang anak muda dengan gaji RM2,000 sebulan, gaji 8 tahun baru cukup jumlahnya RM200,000. Jika dia simpan separuh gajinya setiap bulan, lebih 10 tahun baru dapat kumpul RM200,000.

Itu pun kalau simpanan separuh dan itu pun kalau simpanan konsisten tanpa dikeluarkan wang tabungan tersebut. Lebih baik wang simpananan dan pelaburan digunakan untuk Merancang perkahwinan, pendidikan, beli rumah, melancong, beli kereta dan sebagainya.

Semua ini adalah Plan A dalam kehidupan kita. Instrumen yang kita gunakan adalah simpanan dan pelaburan.

Tidak ada orang merancang untuk jatuh sakit, masuk hospital, lumpuh, meninggal dunia. Semua ini sentiasa berada dalam Plan B, yakni back up plan dalam kehidupan kita dan kita gunakan instrumen takaful.

Tak berbaloi kalau kita terpaksa jual rumah, keluarkan simpanan KWSP, gadai emas – hanya semata kerana perkara dan musibah yang di luar perancangan kita.

Nampak tak?

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Murah yakmat! Mula-mula ingatkan di kawasan kampung, rupanya di Kota…