fbpx

Medical Card Lahanat

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 288Words
  • 832Views
Viral claim medical card ditolak

Kes ini viral sejak semalam dan saya diasak / ditag untuk memberi komen.

Ini komen saya;

1. BUAT PENGGUNA / PELANGGAN TAKAFUL MEDICAL CARD;

1.1. Baca polisi. Baca polisi. Baca polisi. Jangan 100% percaya apa yang ejen cakap, termasuk saya. Kontrak polisi yang mengikat, adalah antara klien dengan syarikat, dan ejen hanya pengantara.

1.2. Jangan bergantung kepada ejen untuk sebarang urusan polisi. Polisi kita adalah tanggungjawab kita 100%. Jika dapat ejen yang bagus, itu bonus.

1.3 Jangan mudah terpengaruh dengan ejen yang mengambil kesempatan menaguk di air keruh dan mudah-mudah batalkan polisi hanya kerana berita sebegini. Tidak mustahil perkara sama berlaku dengan polisi baru.

1.4. Langgan polisi takaful berdasarkan keperluan – bukan sebab brand, sebab ejen, sebab saving, sebab artis dan lain-lain. Takaful untuk protection, full stop.

2. KEPADA RAKAN-RAKAN EJEN TAKAFUL;

2.1 Ambil iktibar, bukan ambil kesempatan. Hari ini hari dia, tak mustahil hari esok hari kita pula.

2.2 Jangan menaguk di air yang keruh. Tugas kita sebagai konsultan untuk memberi khidmat nasihat, bukan sekadar mencapai target sales sahaja.

2.3 Tidak perlu marah-marah, mengamuk, menyindir atas apa yang berlaku. Ia terjadi apabila industri takaful dipenuhi dengan salesman / product pusher / sales oriented, berbanding advisor / problem solver / client oriented.

Siapa yang mulakan kalau bukan leader agensi?

NOTA;

Ketika mula-mula medical card takaful muncul 6-7 lepas, ada satu ajaran sesat leader-leader takaful;

A. Promote medical card dan sailang klien yang sudah langgan takaful dengan kompeni lain.

B. Antara sales idea “En, rugi ambil takaful dengan kompeni X kalau tak ada medical card. Ambil dengan kami ada medical card. Masuk hospital, takaful cover. Keluar hospital dapat duit”

C. Kemudian menggalakkan klien untuk masuk hospital walaupun sakit sikit-sikit. Akibatnya, claim syarikat makin tinggi, tabung tabarruk makin mengecil. Akhirnya syarikat terpaksa naikkan harga medical card.

Afyan Mat Rawi,
Ejen cabuk sejak 2003

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
(Temubual bersama Ustaz Dr. Aznan Hasan, Presiden Persatuan Penasihat Syariah…