fbpx

Adakah Anda Dilindungi Sepenuhnya?

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 210Words
  • 436Views

Tulisan dari FB Tn Rashid Mohaimin ini menjelaskan tentang persoalan yang lebih khusus selepas anda mempunyai perlindungan takaful secara amnya.

Adakah Anda Dilindungi Sepenuhnya?
===========================

Anda sudah mempunyai takaful perlindungan pendapatan (income protection)?
– Sudah? Alhamdulillah. Berapa perlindungan maksimum anda? Adakah bersamaan 10 tahun gaji?

Anda sudah mempunyai takaful perlindungan sakit kritikal (critical illness)?
– Sudah? Alhamdulillah. Berapa perlindungan maksimum anda? Adakah bersamaan 3 hingga 5 tahun gaji? Adakah perlindungan tersebut membolehkan anda membuat pemeriksaan pnyakit kritikal tahap awal?

Anda sudah mempunyai takaful perlindungan akibat kemalangan (accident)?
– Sudah? Alhamdulillah. Perlindungan tersebut bersamaan berapa tahun gaji anda? Adakah bersamaan setahun hingga 3 tahun gaji? Adakah perlindungan tersebut membolehkan anda mendapat elaun hospital jika anda ditahan lama di wad?

Anda sudah mempunyai takaful medical card?
– Sudah? Alhamdulillah. Berapa perlindungan maksimum kad tersebut? Adakah ianya mempunyai had tahunan atau had seumur hidup? Jika tahunan, berapa limit tersebut? Jika seumur hidup, berapa pula hadnya? Berapakah harga bilik yang boleh anda masuki? Adakah kad tersebut mempunyai syarat ‘co-takaful’ atau ‘co-payment’? Apa pula akan terjadi sekiranya anda telah menggunakan jumlah melebihi had yang telah ditetapkan?

Adakah perlindungan takaful anda mempunyai ‘waiver’ jika anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal?

Adakah anda dilindungi sepenuhnya?

Rashid.
INFAQ Cosultancy.

Plan Your Wealth, Change Your Life.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan dari FB Tn Jirum Daud ini menceritakan tentang anggaran…